Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PERTUKARAN AUTOMATIK MAKLUMAT AKAUN KEWANGAN) 2018

Seksyen 2

(1)

Dalam Peraturan-Peraturan ini—

“Akaun Baharu” ertinya suatu Akaun Kewangan yang disenggara oleh suatu

Institusi Kewangan Pelapor yang dibuka pada atau selepas 1 Julai 2017, melainkan jika ia dianggap sebagai Akaun Sedia Ada di bawah perenggan (b) takrif “Akaun Sedia Ada”;

“Akaun Nilai Rendah” ertinya suatu Akaun Individu Sedia Ada, yang bukan suatu

Akaun Nilai Tinggi, dengan baki agregat atau nilai agregat yang tidak melebihi

USD1,000,000.00 setakat 30 Jun 2017;

“Akaun Nilai Tinggi” ertinya suatu Akaun Individu Sedia Ada dengan baki agregat atau nilai agregat yang melebihi

USD1,000,000.00

setakat 30

Jun 2017,

31 Disember 2017 atau 31 Disember mana-mana tahun yang berikutnya;

P.U. (A) 20 3

“Akaun Sedia Ada” ertinya—

(a)

suatu Akaun Kewangan yang disenggara oleh suatu Institusi Kewangan

Pelapor setakat 30 Jun 2017; atau

(b)

mana-mana Akaun Kewangan bagi seorang pemegang akaun, tanpa mengira tarikh Akaun Kewangan itu dibuka, sekiranya—

(i)

pemegang akaun itu turut memegang suatu Akaun Kewangan yang merupakan suatu Akaun Sedia Ada dengan Institusi Kewangan

Pelapor (atau dengan suatu Entiti Berkaitan dalam wilayah bidang kuasa yang sama dengan Insititusi Kewangan Pelapor itu) di bawah perenggan (a) takrif ini;

(ii)

Institusi

Kewangan

Pelapor itu

(dan, jika berkenaan,

Entiti

Berkaitan dalam wilayah bidang kuasa yang sama dengan Institusi Kewangan Pelapor) menganggap kedua-dua

Akaun

Kewangan yang disebut dalam perenggan

(a)

dan subperenggan (b)(i), dan mana-mana Akaun Kewangan lain pemegang akaun itu yang dianggap sebagai Akaun Sedia Ada di bawah perenggan ini sebagai Akaun

Kewangan tunggal bagi maksud memenuhi kehendak standard pengetahuan yang dinyatakan dalam perenggan A Seksyen VII

Standard, dan bagi maksud menentukan baki atau nilai mana-mana Akaun Kewangan itu apabila mengguna pakai mana-mana nilai ambang akaun;

(iii)

berkenaan dengan suatu Akaun Kewangan yang tertakluk kepada tatacara AML/KYC, Institusi Kewangan Pelapor dibenarkan untuk memenuhi tatacara AML/KYC bagi Akaun Kewangan itu dengan bergantung kepada tatacara AML/KYC yang dilaksanakan bagi

Akaun Sedia Ada yang diperihalkan dalam perenggan (a) takrif ini; dan

P.U. (A) 20 4

(iv)

pembukaan

Akaun

Kewangan itu tidak menghendaki pengemukaan maklumat baharu, tambahan atau pindaan bagi pelanggan oleh pemegang akaun selain bagi maksud Standard;

“Institusi Kewangan Pelapor” ertinya mana-mana entiti Labuan yang merupakan suatu Institusi Kewangan;

"Perkiraan" ertinya—

(a)

Konvensyen mengenai Bantuan Tadbir Bersama dalam Perkara Cukai;

(b)

Perjanjian Multilateral Pihak Berkuasa Berwibawa bagi Pertukaran

Automatik Maklumat Akaun Kewangan; dan

(c)

apa-apa perkiraan dengan wilayah bidang kuasa yang menyertai untuk menambah baik pematuhan cukai antarabangsa melalui—

(i)

apa-apa konvensyen cukai dua hala atau pelbagai hala;

(ii)

apa-apa perjanjian pihak berkuasa berwibawa dua hala atau pelbagai hala; atau

(iii)

apa-apa perjanjian pertukaran maklumat percukaian;

“Standard” ertinya Standard Pelaporan Bersama yang dinyatakan dalam

Standard Pertukaran Automatik Maklumat Akaun Kewangan berhubung dengan Hal-Hal

Percukaian yang diluluskan oleh Majlis Pertubuhan Pembangunan dan Kerjasama

Ekonomi sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa.

(2)

Perkataan dan ungkapan yang tidak ditakrifkan dalam

Peraturan-Peraturan ini hendaklah mempunyai erti yang sama dengan erti yang diberikan kepadanya dalam Standard.

P.U. (A) 20 5

Pemakaian

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PERTUKARAN AUTOMATIK MAKLUMAT AKAUN KEWANGAN) 2018