Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(1)
Bagi maksud peraturan 5, Institusi Kewangan Pelapor boleh—
(a)
menganggap suatu Akaun Kewangan yang dipegang oleh benefisiari individu suatu Kontrak Insurans Nilai Tunai atau
P.U. (A) 20 8
Kontrak Anuiti sebagai selain suatu Akaun Kena Lapor dalam keadaan yang diperihalkan dalam perenggan B Seksyen VII
Standard; dan
(b)
menganggap suatu Akaun Kewangan yang merupakan suatu kepentingan anggota dalam suatu Kontrak Insurans Nilai Tunai
Berkumpulan atau Kontrak Anuiti Berkumpulan sebagai suatu
Akaun Kewangan yang bukan merupakan Akaun Kena Lapor sehingga tarikh yang suatu amaun kena dibayar kepada pekerja, pemegang perakuan atau benefisiari, sekiranya Akaun Kewangan itu memenuhi kehendak yang berikut:
(i)
Kontrak Insurans Nilai Tunai Berkumpulan atau Kontrak
Anuiti Berkumpulan itu dikeluarkan kepada majikan dan merangkumi dua puluh lima orang atau lebih pekerja atau pemegang perakuan;
(ii)
pekerja atau pemegang perakuan layak untuk menerima apa-apa nilai kontrak yang berhubungan dengan kepentingan mereka dan untuk menamakan benefisiari bagi manfaat yang kena dibayar apabila berlaku kematian pekerja; dan
(iii)
amaun agregat yang kena dibayar kepada mana-mana pekerja, pemegang perakuan atau benefisiari tidak melebihi USD1,000,000.00.
(2)
Dalam peraturan ini—
“Kontrak Anuiti Berkumpulan” ertinya suatu Kontrak Anuiti yang penerima obligasinya ialah individu yang bergabung melalui seseorang majikan, suatu persatuan sekerja atau kesatuan buruh, atau persatuan atau kumpulan lain;
P.U. (A) 20 9
“Kontrak Insurans Nilai Tunai Berkumpulan” ertinya Kontrak Insurans Nilai
Tunai yang—
(a)
menyediakan perlindungan ke atas individu yang bergabung melalui seseorang majikan, suatu persatuan sekerja atau kesatuan buruh, atau persatuan atau kumpulan lain; dan
(b)
mengenakan premium ke atas setiap anggota kumpulan (atau anggota bagi suatu golongan dalam kumpulan itu) yang ditentukan tanpa mengambil kira ciri-ciri kesihatan individu itu selain umur, jantina dan tabiat merokok anggota (atau golongan anggota) kumpulan itu.
Penentuan tarikh dan tahun kalendar