Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PERTUKARAN AUTOMATIK MAKLUMAT AKAUN KEWANGAN ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DENGAN KERAJAAN AMERIKA SYARIKAT UNTUK MENINGKATKAN PEMATUHAN CUKAI ANTARABANGSA DAN MELAKSANAKAN FOREIGN ACCOUNT TAX COMPLIANCE ACT) 2022

Seksyen 3

(1)

Dalam Peraturan-Peraturan ini—

“Dana“ ertinya Dana Persaraan Berpenyertaan Luas dan Dana Pencen sebuah pemunya benefisial yang dikecualikan;

“FATCA” ertinya Foreign Account Tax Compliance Act;

P.U. (A) 280 3

“Institusi Kewangan Malaysia” ertinya—

(a)

mana-mana Institusi Kewangan yang bermastautin di Malaysia, tetapi tidak termasuk mana-mana cawangan Institusi Kewangan itu yang berada di luar Malaysia; dan

(b)

mana-mana cawangan Institusi Kewangan yang tidak bermastautin di Malaysia, jika cawangan itu berada di Malaysia;

“Institusi Kewangan Pelapor Malaysia” ertinya mana-mana entiti Labuan yang merupakan suatu Institusi Kewangan Malaysia;

“maklumat” ertinya maklumat yang dikehendaki berhubung dengan Akaun Kena

Lapor A.S. yang diperihalkan dalam Artikel 2 dan 3 Perjanjian;

“penyata” ertinya suatu penyata yang menyatakan maklumat dalam format sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah;

“Perjanjian”

ertinya

Perjanjian antara

Kerajaan

Malaysia dengan

Kerajaan Amerika Syarikat untuk Meningkatkan Pematuhan Cukai Antarabangsa dan

Melaksanakan Foreign Account Compliance Tax Act yang ditandatangani pada 21 Julai 2021 yang disiarkan dalam Warta Kerajaan Persekutuan sebagai