Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN 2014

Seksyen 2

Dalam Peraturan-Peraturan ini—

“pecahan cukai” ertinya pecahan cukai yang dikira mengikut formula yang berikut:

X

--------

1 + X

Iaitu X adalah kadar cukai;

P.U. (A) 190 11

“Pusat Pemprosesan CBP” ertinya pejabat Kastam yang ditetapkan bagi maksud menerima—

(a)

permohonan bagi pendaftaran; atau

(b)

penyata dan pembayaran cukai, penalti, surcaj dan apa-apa wang lain yang kena dibayar di bawah Akta;

“tahun cukai”, berhubung dengan seorang orang kena cukai, ertinya—

(a)

tempoh pertama dua belas bulan kalendar atau apa-apa tempoh selain daripada dua belas bulan kalendar sebagaimana yang boleh diluluskan atau diarahkan oleh Ketua Pengarah bermula pada tarikh kuat kuasa pendaftaran yang ditentukan mengikut Akta ini atau pada tarikh dia sepatutnya berdaftar; dan

(b)

apa-apa tempoh dua belas bulan kalendar berikutnya atau apa-apa tempoh selain daripada dua belas bulan sebagaimana yang boleh diluluskan atau diarahkan oleh Ketua Pengarah bermula pada hari berikutnya selepas berakhir tahun cukai pertamanya, atau mana-mana tahun cukai seterusnya; atau

(c)

jika pendaftarannya telah dibatalkan, apa-apa tempoh yang berikutnya bermula pada hari berikutnya selepas berakhir tahun cukai pertamanya atau apa-apa tahun cukai berikutnya yang berakhir pada tarikh pembatalan itu berkuat kuasa.

P.U. (A) 190 12

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN 2014