Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Pemindahan tanah
Jika terdapat suatu pembekalan barang berhubung dengan pemindahan tanah yang dirujuk dalam subperenggan 2(1) Jadual Pertama kepada Akta dan keseluruhan atau sebahagian daripada balasan bagi pemindahan tanah itu kena dibayar secara berkala, atau dari semasa ke semasa, barang itu hendaklah dikira sebagai dibekalkan secara berasingan dan berturutan pada masa sebahagian daripada balasan diterima atau invois cukai yang berhubungan dengan pemindahan tanah itu dikeluarkan mengikut yang mana-mana terdahulu.
Pembekalan perkhidmatan telekomunikasi, utiliti, dsb.