Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN 2014

Seksyen 5

(1)

Tertakluk kepada subperaturan (2), suatu pembekalan perkhidmatan telekomunikasi, gas, air, penyejukan, penyaman udara, pengalihan udara, petroleum atau produk petroleum melalui saluran paip dan apa-apa bentuk kuasa termasuk elektrik, hendaklah dikira sebagai berlaku apabila suatu pembayaran berkenaan dengan pembekalan itu diterima atau suatu invois cukai yang berhubungan dengan pembekalan itu telah dikeluarkan oleh pembekal, mengikut yang mana-mana terdahulu.

P.U. (A) 190 13

(2)

Jika keseluruhan atau sebahagian daripada balasan bagi suatu pembekalan yang dirujuk dalam subperaturan (1) telah ditentukan atau kena dibayar secara berkala atau dari semasa ke semasa, barang atau perkhidmatan itu hendaklah dikira sebagai telah dibekalkan secara berasingan dan berturutan pada masa yang lebih awal daripada masa yang berikut:

(a)

apabila sebahagian daripada balasan itu diterima; atau

(b)

apabila pembekal mengeluarkan suatu invois cukai yang berhubungan dengan pembekalan itu.

Barang pembekal dalam milikan penerima

Section 5 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN 2014