Malaysia legislation

Section 6

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN 2014

Seksyen 6

(1)

Jika barang dibekalkan di bawah suatu perjanjian yang pembekal menyimpan barang itu sehingga barang itu atau sebahagian daripadanya diuntukkan di bawah perjanjian oleh penerima dan dalam hal keadaan jika keseluruhan atau sebahagian daripada balasan telah ditentukan pada masa itu, pembekalan barang itu hendaklah dikira sebagai berlaku pada tarikh yang lebih awal daripada tarikh yang berikut:

(a)

tarikh diuntukkan oleh penerima;

(b)

tarikh apabila suatu invois cukai atau invois bil kediri dikeluarkan;

atau

(c)

tarikh apabila suatu pembayaran diterima oleh pembekal itu.

(2)

Jika, dalam tempoh dua puluh satu hari selepas barang atau sebahagian daripadanya diuntukkan oleh penerima sebagaimana yang disebut dalam subperaturan (1), pembekal mengeluarkan suatu invois cukai berkenaan dengan barang yang diuntukkan atau suatu invois bil kediri dikeluarkan oleh penerima, masa pembekalan hendaklah dikira sebagai berlaku pada masa invois atau invois bil kediri dikeluarkan.

P.U. (A) 190 14

(3)

Subperaturan (1) tidak terpakai kepada suatu pembekalan yang disebut dalam perenggan 11(2)(c) Akta.

Bayaran tahanan

Section 6 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN 2014