Seksyen 7
Bayaran tahanan
of Peraturan-Peraturan Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014
P.U. (A)In forceProvision 7 of 9
Seksyen 7
Jika apa-apa kontrak bagi pembekalan barang atau perkhidmatan memperuntukkan bagi penahanan apa-apa bahagian balasan oleh seseorang sementara menunggu perlaksanaan kontrak itu secara sepenuhnya dan memuaskan, atau apa-apa bahagiannya, oleh pembekal, suatu pembekalan hendaklah dikira sebagai berlaku apabila suatu pembayaran diterima berkenaan dengannya atau suatu invois cukai dikeluarkan oleh pembekal, mengikut yang mana-mana terdahulu.