Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
Pembekalan perkhidmatan secara berterusan
Jika perkhidmatan dibekalkan bagi suatu tempoh yang berterusan untuk suatu balasan yang keseluruhan atau sebahagiannya ditentukan atau kena dibayar secara berkala atau dari semasa ke semasa, perkhidmatan itu hendaklah dikira sebagai dibekalkan secara berasingan dan berturutan pada masa yang lebih awal daripada masa yang berikut:
(a)
apabila suatu pembayaran berkenaan dengan pembekalan itu diterima;
atau
(b)
apabila pembekal mengeluarkan suatu invois cukai yang berhubungan dengan pembekalan itu.
Pembekalan barang dan perkhidmatan antara orang yang mempunyai kaitan