Malaysia legislation

Section 9

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN 2014

Seksyen 9

(1)

Peraturan ini terpakai berhubung dengan pembekalan yang disebut dalam peraturan 4, 5, 8 atau 10 jika pembekalan itu dibuat dalam hal keadaan yang berikut:

(a)

orang yang membuat pembekalan mempunyai kaitan dengan orang yang kepadanya pembekalan dibuat; dan

P.U. (A) 190 15

(b)

orang yang kepadanya pembekalan itu dibuat tidak berhak kepada kredit di bawah seksyen 38 Akta bagi keseluruhan atau mana-mana bahagian cukai ke atas pembekalan itu.

(2)

Bagi maksud subperaturan (1), apa-apa persoalan sama ada seseorang mempunyai kaitan antara satu sama lain hendaklah ditentukan mengikut perenggan 2

Section 9 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN 2014