Malaysia legislation
Section 10
of PERATURAN-PERATURAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (KAJIAN SEMULA DAN RAYUAN) 2014
Seksyen 10
(1)
Jika dalam mana-mana prosiding perayu meninggal dunia atau dihukum sebagai bankrap atau dalam hal suatu syarikat, telah digulung, rayuan itu hendaklah terhenti, kecuali suatu permohonan dibuat untuk meneruskan prosiding itu oleh atau
P.U. (A) 189 8
terhadap wakil dari segi kepentingan, wasi, pentadbir, penerima atau pelikuidasi bagi perayu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(2)
Permohonan yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah dibuat dalam tempoh tiga puluh hari daripada berlakunya kejadian itu.
(3)
Walau apa pun subperaturan (2), Tribunal boleh, jika ia berpuas hati bahawa pemohon itu telah dihalang oleh sebab yang mencukupi daripada mengemukakan permohonan itu dalam tempoh yang dinyatakan itu, membenarkan permohonan itu dikemukakan dalam tempoh lanjut sebagaimana yang difikirkannya patut.
Pendengaran