Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (KAJIAN SEMULA DAN RAYUAN) 2014

Seksyen 4

(1)

Setiausaha hendaklah mengaku terima setiap rayuan yang diterima.

(2)

Apabila menerima rayuan, Setiausaha hendaklah menyebabkan salinan yang diterima ditarikhkan, ditandatangani dan dimeterai dengan meterai Tribunal.

(3)

Setiausaha hendaklah menyebabkan tiap-tiap rayuan yang difailkan dicatatkan dalam suatu buku yang dikenali sebagai “Daftar Tribunal” yang disimpan di

Pejabat Pendaftaran Tribunal.

(4)

Tiap-tiap rayuan hendaklah dibezakan melalui nombor dan tahun yang rayuan itu difailkan.

(5)

Selepas suatu rayuan telah dicatatkan dalam Daftar Tribunal, Setiausaha hendaklah—

(a)

menyebabkan suatu salinan rayuan yang telah dimeterai dan ditandatangani dengan sewajarnya dikembalikan kepada perayu;

dan

(b)

menyebabkan suatu salinan rayuan yang telah dimeterai dan ditandatangani dengan sewajarnya disampaikan kepada responden.

Permohonan pelanjutan masa

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (KAJIAN SEMULA DAN RAYUAN) 2014