Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (KAJIAN SEMULA DAN RAYUAN) 2014

Seksyen 5

(1)

Tribunal boleh, atas permohonan secara bertulis dalam Borang C oleh perayu, melanjutkan masa untuk memfailkan rayuan itu jika Tribunal berpuas hati bahawa adalah munasabah dalam segala hal keadaan untuk berbuat demikian.

(2)

Satu salinan permohonan itu hendaklah dihantar serentak oleh perayu kepada responden.

P.U. (A) 189 6

(3)

Sebelum memutuskan permohonan bagi pelanjutan masa, Tribunal hendaklah memberi responden hak untuk didengar.

(4)

Setiausaha hendaklah memberikan notis tentang perincian mengenai tarikh, masa dan tempat pendengaran permohonan dalam Borang D kepada perayu dan responden tidak kurang daripada empat belas hari sebelum tarikh pendengaran.

Section 5 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (KAJIAN SEMULA DAN RAYUAN) 2014