Malaysia legislation

Section 8

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (KAJIAN SEMULA DAN RAYUAN) 2014

Seksyen 8

(1)

Jika perayu tidak hadir pada tarikh dan masa dan di tempat yang ditetapkan bagi pendengaran rayuan tetapi responden hadir, Tribunal boleh, jika ia berpuas hati bahawa notis pendengaran telah disampaikan dengan sewajarnya, menolak rayuan itu.

P.U. (A) 189 7

(2)

Jika responden tidak hadir pada tarikh dan masa dan di tempat yang ditetapkan bagi pendengaran rayuan tetapi perayu hadir, Tribunal boleh, jika ia berpuas hati bahawa notis pendengaran telah disampaikan dengan sewajarnya,—

(a)

meneruskan pendengaran itu tanpa kehadiran responden; atau

(b)

menangguhkan pendengaran itu ke suatu tarikh lain.

(3)

Sebelum melupuskan rayuan itu tanpa kehadiran responden, Tribunal hendaklah menimbangkan apa-apa representasi yang dikemukakan oleh responden.

(4)

Jika tiada pihak hadir pada tarikh dan masa dan di tempat yang ditetapkan untuk perbicaraan rayuan, rayuan itu hendaklah dibatalkan jika Tribunal berpuas hati bahawa notis pendengaran telah disampaikan dengan sewajarnya.

(5)

Suatu keputusan yang dibuat di bawah peraturan ini hendaklah dalam

Borang E.

Penepian keputusan

Section 8 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (KAJIAN SEMULA DAN RAYUAN) 2014