Malaysia legislation

Section 14

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (KETETAPAN AWAL) 2014

Seksyen 14

(1)

Fi berkenaan dengan suatu permohonan untuk ketetapan awal adalah seperti yang berikut:

(a)

fi permohonan yang tidak boleh dibayar balik berjumlah lima ratus ringgit, yang hendaklah disertakan bersama permohonan itu; dan

(b)

fi bayaran balik berkenaan dengan apa-apa kos lain dan perbelanjaan munasabah yang dilakukan oleh Ketua Pengarah berhubung dengan ketetapan awal itu.

(2)

Jika mana-mana orang yang membuat permohonan untuk suatu ketetapan awal menarik balik permohonan itu sebelum ketetapan itu dikeluarkan oleh

Ketua Pengarah, orang itu hendaklah bertanggungan untuk membayar semua fi yang kena dibayar kepada Ketua Pengarah yang berhubungan dengan permohonan bagi ketetapan awal itu pada masa notis penarikan balik itu diberikan.

(3)

Seseorang yang suatu ketetapan awal dikeluarkan yang meminta satu salinan terperaku ketetapan itu hendaklah membayar fi sebanyak lima puluh ringgit.

Dibuat 30 Jun 2014

[SULIT KE.HT (96) 667/29(1); Perb. R.0.3865/365/1 Jld.15 (SK.2); PN(PU2)721]

DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH

Menteri Kewangan Kedua

10

GOODS AND SERVICES TAX ACT 2014

GOODS AND SERVICES TAX (ADVANCE RULING) REGULATIONS 2014

Section 14 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (KETETAPAN AWAL) 2014