Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (KETETAPAN AWAL) 2014

Seksyen 4

(1)

Seseorang yang memohon bagi suatu ketetapan awal di bawah subseksyen 77(2) Akta hendaklah mengemukakan kepada Ketua Pengarah butir-butir yang berikut:

(a)

maklumat mengenai identiti orang yang memohon ketetapan awal itu;

(b)

semua fakta yang relevan termasuk alasan untuk perkiraan itu dan dokumen yang berhubungan dengan perkiraan yang baginya ketetapan awal dipohon;

(c)

peruntukan Akta yang relevan berkenaan dengan ketetapan awal yang dipohon;

(d)

saranan undang-undang, jika ada, yang relevan kepada isu yang dibangkitkan dalam permohonan; dan

(e)

suatu pernyataan sama ada apa-apa permohonan yang terdahulu telah dibuat atas perkiraan yang sama atau yang serupa oleh orang yang memohon ketetapan awal itu dan keputusan permohonan yang sedemikian.

(2)

Ketua Pengarah boleh mengetepikan kehendak untuk memberikan apa-apa maklumat yang dikehendaki di bawah subperaturan (1) jika Ketua Pengarah mendapati adalah tidak munasabah untuk menghendaki orang yang membuat permohonan itu untuk memberikan maklumat sedemikian.

(3)

Ketua Pengarah boleh, pada bila-bila masa, menghendaki secara bertulis orang yang membuat permohonan itu untuk memberikan, dalam tempoh tiga puluh hari atau apa-apa tempoh lanjut yang diberikan oleh Ketua Pengarah, apa-apa dokumen atau maklumat tambahan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Ketua Pengarah.

4

(4)

Jika apa-apa dokumen atau maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subperaturan (3) tidak diberikan oleh orang yang membuat permohonan, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan hendaklah tidak boleh diteruskan.

(5)

Tanpa menjejaskan subperaturan (4), orang yang membuat permohonan boleh membuat permohonan baharu bagi suatu ketetapan awal kepada Ketua Pengarah.

(6)

Mana-mana orang yang membuat suatu permohonan bagi suatu ketetapan awal boleh, pada bila-bila masa sebelum ketetapan awal itu dikeluarkan, menarik balik permohonannya melalui notis secara bertulis kepada Ketua Pengarah.

Hal keadaan yang ketetapan awal tidak boleh dikeluarkan

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (KETETAPAN AWAL) 2014