Malaysia legislation

Section 6

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (KETETAPAN AWAL) 2014

Seksyen 6

Ketua Pengarah boleh menolak untuk membuat ketetapan awal dalam hal keadaan yang berikut:

(a)

jika permohonan bagi ketetapan awal itu menghendaki Ketua Pengarah untuk memutuskan apa-apa persoalan fakta;

(b)

jika Ketua Pengarah mendapati bahawa betulnya ketetapan awal itu akan bergantung atas pembuatan tanggapan, sama ada berkenaan dengan kejadian masa hadapan atau apa-apa perkara lain;

7

(c)

jika perkara yang baginya ketetapan dipohon adalah tertakluk kepada suatu kajian semula atau rayuan, sama ada berhubung dengan orang yang membuat permohonan atau mana-mana orang lain; atau

(d)

jika orang yang memohon ketetapan awal itu mempunyai hutang tertunggak berkenaan dengan fi yang kena dibayar di bawah peraturan 14

yang berhubungan dengan permohonan ketetapan awal terdahulu oleh orang yang sama.

Pemberitahuan mengenai ketetapan awal yang tidak dikeluarkan

Section 6 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (KETETAPAN AWAL) 2014