Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN(PENGEMUKAAN MAKLUMAT) 2017

Seksyen 2

Dalam Peraturan-Peraturan ini—

“peranti” ertinya suatu peralatan termasuk perisian yang boleh—

(a)

menerima, menghantar, menyimpan, melapor dan mencetak maklumat yang dimasukkan ke dalamnya pada masa sebenar;

(b)

merekod semua pembekalan yang dibuat dan pembayaran yang diterima;

(c)

menerima, merekod, menunjukkan dan menghantar mesej amaran yang disebabkan oleh—

(i)

kegagalan peranti dan rangkaian untuk berfungsi;

(ii)

akses tanpa kebenaran ke dalam sistem;

(iii)

kegagalan untuk log masuk; dan 3

(iv)

pemutusan memori;

(d)

menyediakan kemudahan untuk melihat, menganalisis, dan menjana laporan tentang semua pembekalan yang dibuat dan pembayaran yang diterima oleh orang berdaftar dan untuk mencetak laporan itu;

(e)

menyediakan ciri-ciri keselamatan bagi peranti; dan

(f)

apa-apa operasi elektronik yang lain yang ditentukan oleh

Ketua Pengarah, dan tidak berupaya untuk menterbalikkan atau memadam apa-apa data yang dimasukkan berkenaan dengan pembekalan yang dibuat dan pembayaran yang diterima atau apa-apa maklumat lain termasuk tarikh dan masa;

“mesin elektronik” ertinya suatu mesin elektronik yang mempunyai kapasiti untuk merakam maklumat mengenai pembekalan yang dibuat dan pembayaran yang diterima dan mengeluarkan invois cukai;

“orang berdaftar” ertinya orang berdaftar yang ditetapkan di bawah subperaturan 3(1).

Pengemukaan maklumat oleh orang berdaftar di bawah seksyen 34A Akta

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN(PENGEMUKAAN MAKLUMAT) 2017