Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN(PENGEMUKAAN MAKLUMAT) 2017

Seksyen 3

(1)

Orang berdaftar yang dikehendaki mengemukakan maklumat tentang semua pembekalan yang dibuat dan pembayaran yang diterima oleh orang berdaftar itu kepada Ketua Pengarah di bawah seksyen 34A Akta ialah orang berdaftar yang menjalankan perniagaan yang ditentukan dalam Jadual.

(2)

Maklumat yang dikehendaki untuk dikemukakan di bawah subperaturan (1) hendaklah dikemukakan melalui suatu peranti yang dipasang pada suatu mesin elektronik yang digunakan bagi maksud perniagaan orang berdaftar itu.

4

Tanggungjawab orang berdaftar untuk memasukkan maklumat ke dalam, dan mengeluarkan invois cukai melalui, mesin elektronik 4.

(1)

Orang berdaftar hendaklah—

(a)

memasukkan ke dalam suatu mesin elektronik maklumat tentang semua pembekalan yang dibuat dan pembayaran yang diterima oleh orang berdaftar itu; dan

(b)

mengeluarkan invois cukai melalui suatu mesin elektronik.

(2)

Mana-mana orang berdaftar yang melanggar peraturan ini melakukan suatu kesalahan.

Butir-butir yang dikehendaki dikemukakan oleh orang berdaftar

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN(PENGEMUKAAN MAKLUMAT) 2017