Malaysia legislation
Section 5
of PERATURAN-PERATURAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN(PENGEMUKAAN MAKLUMAT) 2017
Seksyen 5
(1)
Bagi maksud pemasangan peranti di bawah seksyen 34A Akta dan pengemukaan maklumat di bawah peraturan 3, orang berdaftar hendaklah mengemukakan kepada Ketua Pengarah butir-butir yang berikut dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah:
(a)
alamat premis perniagaan orang berdaftar itu termasuk cawangan atau mana-mana tempat lain yang perniagaannya dijalankan, jika ada;
(b)
perihalan mesin elektronik yang digunakan bagi maksud perniagaan orang berdaftar itu; dan
(c)
apa-apa maklumat lain yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.
(2)
Butir-butir yang dikehendaki di bawah subperaturan (1) hendaklah dikemukakan dalam tempoh yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
(3)
Walau apa pun subperaturan (2), mana-mana orang berdaftar yang telah berdaftar pada tarikh Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa hendaklah mengemukakan butir-butir yang dikehendaki di bawah subperaturan (1) kepada
5
Ketua Pengarah dalam tempoh empat belas hari dari tarikh kuat kuasa
Peraturan-Peraturan ini.
(4)
Mana-mana orang berdaftar yang melanggar peraturan ini melakukan suatu kesalahan.
Pemberitahuan perubahan pada operasi perniagaan