Skip to content

Seksyen 7

Pengalihan atau pemindahan peranti, atau pemasangan peranti tambahan

of Peraturan-Peraturan Cukai Barang dan Perkhidmatan(Pengemukaan Maklumat) 2017

P.U. (A)In forceProvision 6 of 9
Seksyen 7

(1)

Jika berlaku hal keadaan yang disebut dalam subperaturan 6(1), orang berdaftar hendaklah memohon kepada Ketua Pengarah kelulusan untuk mengalih atau memindahkan apa-apa peranti yang telah dipasang atau memasang apa-apa peranti tambahan tidak lewat daripada tujuh hari sebelum pengalihan, pemindahan atau pemasangan peranti itu.

(2)

Ketua Pengarah boleh meluluskan permohonan yang dibuat di bawah subperaturan (1) tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan patut untuk dikenakan oleh Ketua Pengarah.

(3)

Mana-mana orang berdaftar yang melanggar peraturan ini melakukan suatu kesalahan.