Malaysia legislation
Section 2
of PERATURAN-PERATURAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2015
Seksyen 2
Peraturan-Peraturan Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 [P.U. (A) 190/2014], yang disebut “Peraturan-Peraturan ibu” dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda dalam peraturan 19 dengan memasukkan selepas subperaturan (8) subperaturan yang berikut:
“(8A) Walau apa pun perenggan (1)(b), jika Ketua Pengarah telah meluluskan dua atau lebih syarikat untuk dikira sebagai anggota suatu kumpulan, syarikat itu hendaklah tidak terhenti menjadi anggota kumpulan itu jika syarikat itu membuat pembekalan tanah pertanian yang merupakan suatu pembekalan dikecualikan di bawah Perintah Cukai Barang dan
Perkhidmatan (Pembekalan Dikecualikan) 2014 [P.U. (A) 271/2014]
kepada Pihak Berkuasa Negeri bagi mematuhi seksyen 3 Akta Pengambilan
Tanah 1960 [Akta 486].”
3