Seksyen 11
Pembetulan kesilapan
of Peraturan-Peraturan Cukai Jualan 2018
P.U. (A)In forceProvision 11 of 36
Seksyen 11
(1)
Jika orang kena cukai membuat suatu kesilapan dalam apa-apa penyata yang dikemukakan di bawah Akta, dia boleh membetulkan kesilapan itu secara sukarela.
(2)
Pembetulan di bawah subperaturan (1) hendaklah dibuat—
(a)
dalam Borang SST-02; dan
(b)
dengan cara dan dalam masa sebagaimana yang ditetapkan oleh pegawai kanan cukai jualan.
(3)
Mana-mana orang yang melanggar perenggan (2)(b) melakukan suatu kesalahan.