Malaysia legislation

Section 12

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI JUALAN 2018

Seksyen 12

(2)

Berhubung dengan pembayaran yang dibuat melalui cek atau draf bank, cek atau draf bank itu hendaklah dihantar kepada Pusat Pemprosesan Kastam melalui pos.

13

(3)

Apa-apa cek atau draf bank yang dihantar melalui pos di bawah subperaturan (2) hendaklah disifatkan telah diterima pada tarikh tanda pos.

(4)

Apa-apa cukai jualan, surcaj, penalti, fi atau apa-apa wang lain hendaklah disifatkan telah dibayar apabila pembayaran diterima oleh Ketua Pengarah dengan syarat—

(a)

jika apa-apa cek atau draf bank yang diterima oleh Ketua Pengarah dan tidak dibayar semasa penyerahan, amaun tersebut hendaklah disifatkan tidak diterima walau apa pun apa-apa resit diberikan sehingga amaun itu telah dibayar sewajarnya kepada Ketua Pengarah; atau

(b)

jika pembayaran dibuat melalui bank, amaun itu hendaklah disifatkan tidak diterima sehingga amaun itu dimasukkan untuk dikreditkan kepada

Ketua Pengarah.

(5)

Mana-mana orang yang melanggar subperaturan (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan.

Pembayaran cukai jualan atau penalti secara ansuran

Section 12 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI JUALAN 2018