Malaysia legislation
Section 35
Seksyen 35
Waktu pejabat dan waktu pembayaran
(a)
di Negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang,
Selangor, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur,
Putrajaya dan Labuan) jika hari kelepasan mingguan ialah Sabtu dan Ahad,
25
waktu tersebut hendaklah dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari Isnin hingga Jumaat; dan
(b)
di Negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, yang hari kelepasan mingguan ialah Jumaat dan Sabtu, waktu tersebut hendaklah—
(i)
dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari Ahad hingga Rabu; dan
(ii)
dari 8.00 pagi hingga 3.30 petang pada hari Khamis.
(2)
Bagi maksud penerimaan penyata dan pembayaran cukai jualan, surcaj, penalti, fi dan wang lain melalui perkhidmatan elektronik, waktu biasa hendaklah dari 7.30 pagi hingga 11.30 malam pada mana-mana hari dalam minggu itu.
(3)
Bagi maksud penerimaan penyata dan pembayaran cukai jualan di bawah seksyen 26 Akta, jika hari terakhir jatuh pada hari kelepasan mingguan Persekutuan atau hari kelepasan am Persekutuan, maka hari terakhir untuk menerima penyata dan pembayaran itu adalah pada hari sebaik selepas hari kelepasan mingguan atau hari kelepasan am
Persekutuan itu.
(4)
Pejabat pentadbiran cukai jualan hendaklah ditutup—
(a)
pada setiap hari kelepasan mingguan;
(b)
pada setiap hari yang ditetapkan sebagai hari kelepasan am Persekutuan;
dan
(c)
pada setiap hari yang ditetapkan sebagai hari kelepasan am Negeri bagi Negeri atau hari kelepasan am Wilayah Persekutuan bagi
Wilayah Persekutuan yang pejabat itu terletak:
26
Dengan syarat—
(i)
jika mana-mana dua atau semua hari yang dinyatakan dalam perenggan (a),
(b)
dan (c) di atas, jatuh pada hari yang sama, pejabat itu akan ditutup pada hari berikutnya dan jika hari kemudian itu ialah hari yang telah dinyatakan dalam perenggan (a), (b) atau (c) di atas, pejabat itu ditutup pada hari yang berikutnya; dan
(ii)
jika tarikh suatu hari kelepasan yang diisytiharkan di bawah
Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369] atau mana-mana undang-undang lain yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan perisytiharan hari kelepasan am adalah tertakluk kepada ubah suaian, tarikh hari kelepasan itu hendaklah, bagi maksud peraturan ini, tidak tertakluk kepada ubah suaian itu.
Borang