Malaysia legislation

Section 6

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI JUALAN 2018

Seksyen 6

(1)

Mana-mana pengilang berdaftar hendaklah dengan serta-merta memberitahu pegawai kanan cukai jualan secara bertulis apabila—

(a)

terdapat apa-apa perubahan pada nama perniagaannya;

(b)

terdapat apa-apa perubahan pada alamat mana-mana premis perniagaannya;

(c)

terdapat apa-apa perubahan pada pekongsi dalam perkongsian itu;

8

(d)

terdapat apa-apa perubahan pada status perniagaannya;

(e)

terdapat apa-apa pertukaran atau penambahan bagi barang bercukai; atau

(f)

terdapat pembukaan mana-mana premis baru perniagaan atau penutupan mana-mana premis perniagaan.

(2)

Pegawai kanan cukai jualan hendaklah merekodkan perubahan yang diberitahu itu.

(3)

Mana-mana pengilang berdaftar yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan.