Malaysia legislation

Section 7

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI JUALAN 2018

Seksyen 7

Seorang pengilang berdaftar yang mengeluarkan suatu invois hendaklah menyatakan ke atasnya butir-butir yang berikut:

(a)

nombor siri invois;

(b)

tarikh invois;

(c)

nama, alamat dan nombor pengenalan pengilang berdaftar;

(d)

nama dan alamat orang yang kepadanya barang bercukai dijual;

(e)

suatu perihalan yang mencukupi untuk mengenal pasti barang bercukai yang dijual;

9

(f)

apa-apa diskaun yang ditawarkan;

(g)

bagi setiap perihalan, bezakan jenis barang bercukai, kuantiti barang bercukai dan amaun yang kena dibayar tidak termasuk cukai jualan;

(h)

jumlah amaun yang kena dibayar tidak termasuk cukai jualan, kadar cukai jualan dan jumlah cukai jualan yang boleh dikenakan ditunjukkan sebagai suatu amaun yang berasingan atau jumlah amaun yang kena dibayar termasuk jumlah cukai jualan yang boleh dikenakan;

(i)

apa-apa jumlah yang dinyatakan dalam suatu mata wang selain ringgit hendaklah juga dinyatakan dalam ringgit pada kadar pertukaran jualan yang dipakai di Malaysia pada masa penjualan barang bercukai itu.