Malaysia legislation

Section 8

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI JUALAN 2018

Seksyen 8

(1)

Pengilang berdaftar yang menjual barang bercukai hendaklah mengeluarkan suatu nota kredit jika, selepas penyata bagi tempoh bercukai telah dikemukakan kepada

Ketua Pengarah, terdapat pengurangan kepada amaun cukai jualan yang kena dibayar dalam hal keadaan yang berikut:

(a)

mana-mana barang bercukai dikembalikan oleh pembeli atas sebab salah kuantiti, kualiti tidak baik atau cacat atau barang bercukai yang tidak dikontrakkan, dengan syarat bahawa barang bercukai itu belum lagi kemudiannya dijual atau dilupuskan oleh pembeli; atau

(b)

diskaun diberikan berkenaan dengan barang bercukai yang dijual dan yang boleh digunakan dengan bebas oleh mana-mana orang yang bersedia menjalankan perniagaan.

10

(2)

Pengilang berdaftar yang menjual barang bercukai hendaklah mengeluarkan suatu nota debit jika, selepas penyata bagi tempoh bercukai telah dikemukakan kepada

Ketua Pengarah, terdapat penambahan kepada amaun cukai jualan yang kena dibayar jika oleh sebab apa-apa pelarasan harga.

(3)

Jika terdapat pengurangan, atau tambahan kepada, amaun cukai jualan di bawah subperaturan (1) dan (2)—

(a)

pengilang berdaftar hendaklah membuat pengurangan atau penambahan cukai jualan dalam penyata bagi tempoh bercukai yang nota kredit atau nota debit itu dikeluarkan; atau

(b)

dalam hal pengilang yang telah terhenti menjadi pengilang berdaftar, pengilang itu hendaklah membuat pengurangan atau penambahan cukai jualan dalam penyata bagi tempoh bercukai terakhir yang dalam tempoh tersebut dia berdaftar.

(4)

Nota kredit atau nota debit yang dikeluarkan hendaklah mengandungi butir-butir yang berikut:

(a)

perkataan “nota kredit” atau “nota debit” tertera dengan jelas;

(b)

nombor siri nota kredit atau nota debit;

(c)

tarikh nota kredit atau nota debit dikeluarkan;

(d)

nama, alamat dan nombor pengenalan pengilang berdaftar;

(e)

nama dan alamat orang yang kepadanya barang bercukai dijual;

(f)

sebab nota kredit atau nota debit dikeluarkan;

11

(g)

suatu perihalan, kuantiti dan amaun barang bercukai yang baginya nota kredit atau nota debit itu diberikan;

(h)

jumlah amaun tidak termasuk cukai jualan;

(i)

kadar dan amaun cukai jualan; dan

(j)

nombor dan tarikh invois asal yang telah dikeluarkan.

(5)

Mana-mana orang yang melanggar peraturan ini melakukan suatu kesalahan.

Section 8 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI JUALAN 2018 | mylaw.my