Malaysia legislation
Section 13
of PERATURAN-PERATURAN CUKAI JUALAN (BARANG BERNILAI RENDAH) 2022
Seksyen 13
Penggunaan perkhidmatan elektronik
(1)
Ketua Pengarah boleh, untuk menggunakan perkhidmatan elektronik yang disediakan di bawah seksyen 102 Akta, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh
Ketua
Pengarah, memberikan kepada mana-mana orang—
(a)
suatu kod pengesahan; dan
(b)
suatu akaun perkhidmatan elektronik.
(2)
Mana-mana orang yang diberikan oleh Ketua Pengarah suatu kod pengesahan di bawah subperaturan (1) hendaklah menjadi seorang pengguna berdaftar dan orang itu—
P.U. (A) 408 10
(a)
hendaklah mengaku terima penerimaan kod pengesahan itu;
(b)
hendaklah memastikan kod pengesahan itu dirahsiakan; dan
(c)
hendaklah tidak boleh mendedahkan kod pengesahan itu kepada mana-mana orang yang tidak diberi kuasa.
(3)
Suatu notis elektronik yang dibuat dan dihantar di bawah Akta oleh seorang pengguna berdaftar hendaklah disifatkan telah memenuhi kehendak bagi pemfailan, pengemukaan atau penyerahan jika notis itu dihantar kepada
Ketua Pengarah dengan cara sebagaimana yang ditentukan di bawah Bahagian ini.
Cara menggunakan perkhidmatan elektronik