Malaysia legislation

Section 14

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI JUALAN (BARANG BERNILAI RENDAH) 2022

Seksyen 14

(1)

Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai kanan cukai jualan yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah boleh menyampaikan apa-apa notis kepada seorang pengguna berdaftar dengan menghantar notis itu melalui perkhidmatan elektronik kepada akaun pengguna berdaftar itu.

(2)

Jika suatu dokumen yang dikehendaki untuk dicap, ditandatangani atau dimeterai di bawah Peraturan-Peraturan ini difailkan, dikemukakan atau dihantar secara elektronik melalui perkhidmatan elektronik, kehendak bagi pengakusaksian cap, tandatangan atau meterai itu tidak terpakai.

(3)

Mana-mana orang yang diberi kuasa oleh seorang pengguna berdaftar boleh membuat dan menghantar apa-apa notis elektronik bagi pihak pengguna berdaftar itu melalui perkhidmatan elektronik.

(4)

Jika apa-apa notis elektronik dibuat dan dihantar bagi pihak mana-mana pengguna berdaftar di bawah subperaturan (3), notis itu hendaklah disifatkan telah dibuat dan dihantar dengan kuasa pengguna berdaftar itu dan pengguna berdaftar itu hendaklah disifatkan sebagai mempunyai pengetahuan tentang semua perkara dalam notis elektronik itu.

P.U. (A) 408 11

(5)

Jika suatu notis elektronik dihantar kepada Ketua Pengarah dengan menggunakan kod pengesahan yang diberikan kepada pengguna berdaftar dengan atau tanpa kuasa pengguna berdaftar itu sebelum pemberitahuan kepada Ketua Pengarah untuk pembatalan kod pengesahan diberi, notis itu hendaklah, bagi maksud Akta, dianggap telah dibuat secara sah oleh pengguna berdaftar itu melainkan pengguna berdaftar itu boleh mengemukakan keterangan yang berlawanan.

Kesilapan dalam menggunakan perkhidmatan elektronik

Section 14 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI JUALAN (BARANG BERNILAI RENDAH) 2022