Seksyen 16
Penamatan penyediaan perkhidmatan elektronik kepada pengguna berdaftar
of Peraturan-Peraturan Cukai Jualan (Barang Bernilai Rendah) 2022
P.U. (A)In forceProvision 16 of 18
Seksyen 16
Ketua Pengarah boleh, pada bila-bila masa melalui notis kepada pengguna berdaftar, menamatkan penyediaan perkhidmatan elektronik kepada pengguna berdaftar itu, jika pengguna berdaftar itu—
(a)
gagal mematuhi apa-apa terma dan syarat yang dikenakan oleh
Ketua Pengarah;
(b)
melanggar apa-apa peraturan dalam Bahagian ini; atau
(c)
memberitahu Ketua Pengarah bagi pembatalan kod pengesahan dan akaun perkhidmatan eletronik yang diberikan kepadanya.