Malaysia legislation
Section 4
of PERATURAN-PERATURAN CUKAI JUALAN (BARANG BERNILAI RENDAH) 2022
Seksyen 4
Pemberitahuan mengenai perubahan butir-butir penjual berdaftar
(1)
Mana-mana penjual berdaftar hendaklah dengan serta-merta memberitahu pegawai kanan cukai jualan secara bertulis apabila terdapat—
(a)
apa-apa perubahan pada nama perniagaan;
(b)
apa-apa perubahan pada alamat mana-mana premis perniagaan;
(c)
apa-apa perubahan pada status perniagaan;
(d)
apa-apa perubahan pada nama atau butir-butir orang yang diberi kuasa; atau
(e)
pembukaan mana-mana premis baru perniagaan atau penutupan mana-mana premis perniagaan.
(2)
Pegawai kanan cukai jualan hendaklah merekodkan perubahan yang diberitahu itu.
(3)
Mana-mana penjual berdaftar yang melanggar subperaturan (1)
melakukan suatu kesalahan.