Malaysia legislation

Section 9

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI JUALAN (BARANG BERNILAI RENDAH) 2022

Seksyen 9

(1)

Pembayaran cukai jualan atau penalti yang kena dibayar di bawah Akta hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah melalui perbankan elektronik atau apa-apa cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

P.U. (A) 408 8

(2)

Cukai jualan atau penalti yang kena dibayar hendaklah disifatkan telah dibayar apabila pembayaran itu diterima oleh Ketua Pengarah dan dikreditkan kepada Ketua Pengarah.

(3)

Walau apa pun subperaturan (2), tiada apa-apa penalti akan dikenakan jika pembayaran cukai jualan dibuktikan telah dibuat oleh penjual berdaftar tidak lewat daripada tarikh yang ditetapkan di bawah seksyen 26 Akta.

(4)

Apa-apa pembayaran cukai jualan atau penalti yang kena dibayar yang diterima dan dikreditkan di bawah subperaturan (2) hendaklah tidak mengambil kira kadar pertukaran wang asing pada masa ia diterima oleh Ketua Pengarah dan dikreditkan kepada Ketua Pengarah.

(5)

Jumlah amaun cukai jualan atau penalti yang kena dibayar hendaklah diisytiharkan dalam Ringgit Malaysia dalam penyata.

Section 9 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI JUALAN (BARANG BERNILAI RENDAH) 2022