Malaysia legislation
Section 6A
of PERATURAN-PERATURAN CUKAI JUALAN (BARANG BERNILAI RENDAH) (PINDAAN) 2023
Seksyen 6A
(1)
Mana-mana penjual berdaftar yang menjual barang bernilai rendah hendaklah mengeluarkan suatu nota kredit atau nota debit jika, selepas penyata bagi barang bernilai rendah itu telah dikemukakan kepada Ketua Pengarah, terdapat pengurangan, atau tambahan kepada, amaun cukai jualan yang telah dikenakan atas barang bernilai rendah itu—
(a)
disebabkan oleh perubahan pada kadar cukai jualan di bawah seksyen 10 Akta; atau
(b)
disebabkan oleh apa-apa pelarasan dalam penjalanan perniagaan.
P.U. (A) 405 3
(2)
Jika terdapat pengurangan, atau tambahan kepada, amaun cukai jualan di bawah subperaturan (1)—
(a)
penjual berdaftar hendaklah membuat pengurangan atau penambahan cukai jualan dalam penyata bagi tempoh bercukai yang nota kredit atau nota debit itu dikeluarkan; atau
(b)
dalam hal penjual berdaftar itu telah terhenti menjadi seorang penjual berdaftar, penjual itu hendaklah membuat pengurangan atau penambahan cukai jualan dalam penyata bagi tempoh bercukai terakhir yang dalam tempoh itu dia berdaftar.
(3)
Suatu nota kredit atau nota debit yang dikeluarkan oleh penjual berdaftar hendaklah mengandungi butir-butir yang berikut:
(a)
perkataan “nota kredit” atau “nota debit” di tempat yang mudah dilihat;
(b)
nombor siri nota kredit atau nota debit;
(c)
tarikh nota kredit atau nota debit itu dikeluarkan;
(d)
nama, alamat dan nombor pendaftaran penjual berdaftar;
(e)
nama dan alamat orang yang kepadanya barang bernilai rendah itu dijual;
(f)
sebab bagi nota kredit atau nota debit itu dikeluarkan;
P.U. (A) 405 4
(g)
suatu perihalan yang mencukupi untuk mengenal pasti barang bernilai rendah yang baginya nota kredit atau nota debit itu dikeluarkan;
(h)
jumlah amaun tidak termasuk cukai jualan;
(i)
kadar dan amaun cukai jualan; dan
(j)
nombor siri dan tarikh invois asal.
(4)
Mana-mana penjual berdaftar yang melanggar peraturan ini melakukan suatu kesalahan.”.
Penggantian peraturan 7