Malaysia legislation

Section 6

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI JUALAN (KETETAPAN KASTAM) 2018

Seksyen 6

(1)

Ketua Pengarah boleh secara bertulis, menghendaki pemegang suatu ketetapan kastam untuk mengesahkan dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh notis bertulis itu atau apa-apa lanjutan masa yang diberikan oleh Ketua Pengarah—

(a)

bahawa fakta atau maklumat yang berasaskannya ketetapan kastam yang dibuat oleh Ketua Pengarah tidak berubah; dan

P.U. (A) 204 5

(b)

bahawa apa-apa syarat yang dikenakan dalam ketetapan kastam telah dipatuhi oleh pemegang itu.

(2)

Jika pengesahan di bawah subperaturan (1) tidak diberikan oleh pemegang ketetapan kastam itu dalam tempoh itu atau apa-apa lanjutan masa yang diberikan oleh

Ketua Pengarah, Ketua Pengarah hendaklah melalui notis secara bertulis, menarik balik ketetapan kastam itu dan penarikan balik itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh yang dinyatakan dalam notis itu.

Pembaharuan ketetapan kastam

Section 6 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI JUALAN (KETETAPAN KASTAM) 2018