Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI JUALAN (PENENTUAN NILAI JUALAN BARANG BERCUKAI) 2018

Seksyen 3

(1)

Nilai jualan barang bercukai yang dinilai hendaklah ditentukan berdasarkan nilai urus niaga barang bercukai yang dinilai itu sebagai asas utama dalam penentuan nilai jualan, iaitu harga yang baginya barang bercukai yang dinilai itu sebenarnya dijual apabila dijual oleh pengilang berdaftar kepada pembeli.

(2)

Walau apa pun subperaturan (1), nilai urus niaga barang bercukai yang dinilai tidak terpakai jika—

(a)

terdapat sekatan berkenaan dengan pelupusan atau penggunaan barang bercukai yang dinilai itu oleh pembeli, selain sekatan yang—

(i)

dikenakan oleh undang-undang;

(ii)

menghadkan kawasan geografi di mana barang bercukai yang dinilai itu boleh dijual semula; atau

(iii)

tidak menjejaskan secara matannya nilai jualan barang bercukai yang dinilai itu;

(b)

penjualan barang bercukai yang dinilai itu atau harga yang baginya barang bercukai yang dinilai itu sebenarnya dijual adalah tertakluk kepada apa-apa syarat atau balasan yang nilai jualannya tidak boleh ditentukan;

(c)

sebahagian daripada hasil apa-apa penjualan semula, pelupusan atau penggunaan barang bercukai yang dinilai itu oleh pembeli yang akan terakru, secara langsung atau secara tidak langsung, kepada pengilang berdaftar itu;

P.U. (A) 205 9

(d)

pembeli dan pengilang berdaftar mempunyai kaitan pada masa barang bercukai yang dinilai itu dijual;

(e)

barang bercukai yang dinilai itu digunakan atau dilupuskan oleh pengilang berdaftar selain dengan cara jualan; atau

(f)

pegawai cukai jualan yang hak mempunyai sebab untuk meragui kebenaran atau ketepatan nilai urus niaga itu.

Turutan pemakaian nilai bagi menentukan nilai jualan

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI JUALAN (PENENTUAN NILAI JUALAN BARANG BERCUKAI) 2018