Malaysia legislation

Section 7

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI JUALAN (PENENTUAN NILAI JUALAN BARANG BERCUKAI) 2018

Seksyen 7

(1)

Tertakluk kepada subperaturan 4(1), 4(2) dan 4(3), jika nilai jualan barang bercukai yang dinilai tidak boleh ditentukan di bawah peraturan 6, nilai jualan barang bercukai yang dinilai itu hendaklah nilai campuran berkenaan dengan barang bercukai yang dinilai itu.

(2)

Nilai campuran barang bercukai yang dinilai itu ialah agregat amaun yang bersamaan dengan—

(a)

kos, caj dan perbelanjaan yang ditanggung berkenaan dengan, atau nilai—

(i)

bahan yang digunakan dalam mengilang barang bercukai yang dinilai itu; dan

(ii)

pengilangan atau pemprosesan lain barang bercukai yang dinilai itu, ditentukan berdasarkan—

(A)

akaun komersial pengilang berdaftar bagi barang bercukai yang dinilai itu; atau

(B)

apa-apa maklumat lain yang mencukupi yang berhubungan dengan pengilangan barang bercukai yang dinilai itu, yang dibekalkan oleh atau bagi pihak pengilang berdaftar dan disediakan dengan cara yang selaras dengan prinsip perakaunan diterima umum; dan

P.U. (A) 205 15

(b)

amaun yang ditentukan mengikut subperaturan (4), bagi keuntungan dan perbelanjaan am, yang kedua-duanya diambil kira secara keseluruhan, yang ditunjukkan secara amnya dalam jualan barang yang sama kelas atau jenis dengan barang bercukai yang dinilai itu, yang dibuat atau ditanggung oleh pengilang berdaftar yang daripadanya pembeli membeli barang bercukai yang dinilai itu pada masa barang bercukai yang dinilai itu dijual kepadanya.

(3)

Kos, caj dan perbelanjaan yang dinyatakan di bawah perenggan (2)(a)

hendaklah termasuk, tanpa menghadkan keluasan yang terdahulu—

(a)

nilai bantuan sebagaimana yang ditakrifkan di bawah subperaturan 2(1);

(b)

kos, caj dan perbelanjaan yang ditanggung oleh pengilang berdaftar berkenaan dengan kejuruteraan, kerja pembangunan, kerja seni, kerja reka bentuk, pelan atau lakaran yang dibekalkan, secara langsung atau secara tidak langsung, oleh pembeli barang bercukai yang dinilai itu bagi kegunaan berkaitan dengan pengilangan dan penjualan barang bercukai yang dinilai itu; dan

(c)

royalti dan fi lesen termasuk bayaran paten, cap dagangan dan hak cipta berkenaan dengan barang bercukai yang dinilai itu yang mesti dibayar oleh pengilang berdaftar, secara langsung atau secara tidak langsung.

(4)

Bagi maksud peraturan ini, “perbelanjaan am” ertinya kos, caj dan perbelanjaan yang langsung dan tidak langsung dalam pengilangan dan penjualan barang bercukai yang dinilai itu selain kos, caj dan perbelanjaan yang disebut dalam perenggan (2)(a) dan subperaturan (3).

P.U. (A) 205 16

(5)

Amaun keuntungan dan perbelanjaan am yang disebut dalam perenggan (2)(b) hendaklah dihitung atas asas peratusan dan ditentukan atas asas maklumat yang mencukupi yang disediakan oleh atau bagi pihak pengilang berdaftar barang bercukai yang dinilai itu yang disediakan dalam cara yang selaras dengan prinsip perakaunan diterima umum.

(6)

Bagi maksud subperaturan (5), jika maklumat yang dibekalkan oleh atau bagi pihak pengilang berdaftar barang bercukai yang dinilai itu tidak mencukupi, pegawai cukai jualan yang hak boleh menjalankan suatu pemeriksaan ke atas jualan terhadap kumpulan atau julat yang paling terhad mengenai barang yang sama kelas atau jenis dengan barang bercukai yang dinilai itu yang daripadanya maklumat yang mencukupi, pada pendapat pegawai cukai jualan yang hak itu, boleh diperoleh.

Nilai tolakan sebagai nilai jualan

Section 7 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI JUALAN (PENENTUAN NILAI JUALAN BARANG BERCUKAI) 2018