Malaysia legislation
Section 8
of PERATURAN-PERATURAN CUKAI JUALAN (PENENTUAN NILAI JUALAN BARANG BERCUKAI) 2018
Seksyen 8
(1)
Tertakluk kepada subperaturan 4(1), 4(2) dan 4(3), jika nilai jualan barang bercukai yang dinilai itu tidak boleh ditentukan di bawah peraturan 7, nilai jualan barang bercukai yang dinilai itu hendaklah nilai tolakan berkenaan dengan barang bercukai yang dinilai itu.
(2)
Jika barang bercukai yang dinilai itu atau barang yang sama atau barang yang serupa dijual oleh pembeli dalam keadaan yang barang yang sama atau barang yang serupa itu dijual pada masa yang sama atau secara matannya adalah sama dengan masa penjualan barang bercukai yang dinilai itu, nilai tolakan barang bercukai yang dinilai itu hendaklah harga bagi setiap unit yang berkenaan dengan jualan yang diperihalkan dalam subperaturan (5), ditentukan mengikut subperaturan (5) itu dan diselaraskan mengikut subperaturan (6), pada kadar bilangan unit terbanyak barang bercukai yang dinilai itu atau barang yang sama atau barang yang serupa itu dijual sedemikian.
(3)
Jika barang bercukai yang dinilai itu atau barang yang sama atau barang yang serupa itu dijual oleh pembeli selepas dibungkus atau diproses selanjutnya, nilai tolakan barang bercukai yang dinilai itu hendaklah harga bagi setiap unit yang berkenaan dengan jualan yang diperihalkan dan ditentukan dalam subperaturan (5)
P.U. (A) 205 17
dan diselaraskan mengikut subperaturan (6), pada kadar bilangan unit terbanyak barang bercukai yang dinilai itu atau barang yang sama atau barang yang serupa itu dijual.
(4)
Bagi maksud subperaturan (2) dan (3), harga bagi setiap unit berkenaan dengan apa-apa barang bercukai yang dinilai atau barang yang sama atau barang yang serupa hendaklah ditentukan dengan menentukan harga unit yang berkenaan dengan urus niaga penjualan barang bercukai yang dinilai atau barang yang sama atau barang yang serupa itu, yang pertama selepas penjualannya kepada orang yang—
(a)
tidak mempunyai kaitan dengan pembeli itu pada masa barang bercukai yang dinilai atau barang yang sama atau barang yang serupa itu dijual kepada mereka; dan
(b)
tidak membekalkan, secara langsung atau secara tidak langsung, secara percuma atau pada kos terkurang bagi kegunaan berkaitan dengan pengilangan dan penjualan barang bercukai yang dinilai atau barang yang sama atau barang yang serupa itu atau perkhidmatan yang merujuk kepada royalti dan fi lesen termasuk bayaran bagi paten, cap dagangan dan hak cipta berkenaan dengan barang bercukai yang dinilai atau barang yang sama atau barang yang serupa itu yang mesti dibayar oleh pembeli, secara langsung atau secara tidak langsung, pada kadar bilangan unit terbanyak barang bercukai yang dinilai atau barang yang sama atau barang yang serupa itu dijual jika, pada pendapat pegawai cukai jualan yang hak, bilangan penjualan sedemikian yang mencukupi telah dibuat bagi membolehkan harga bagi setiap unit barang bercukai yang dinilai atau barang yang sama atau barang yang serupa itu ditentukan.
(5)
Bagi maksud subperaturan (2) dan (3), harga bagi setiap unit berkenaan dengan apa-apa barang bercukai yang dinilai atau barang yang sama atau barang yang serupa hendaklah diselaraskan dengan menolak daripadanya suatu amaun bersamaan dengan agregat—
P.U. (A) 205 18
(a)
suatu amaun, yang ditentukan mengikut subperaturan (6), yang bersamaan dengan amaun keuntungan dan perbelanjaan am, termasuk segala kos pemasaran barang bercukai yang dinilai atau barang yang sama atau barang yang serupa itu, yang kedua-duanya diambil kira secara keseluruhan, yang ditunjukkan secara amnya atas dasar suatu unit yang berkaitan dengan jualan barang yang sama kelas atau jenis dengan barang bercukai yang dinilai atau barang yang sama atau barang yang serupa itu;
(b)
kos, caj dan perbelanjaan yang munasabah yang ditanggung berkenaan dengan pengangkutan dan insurans barang bercukai yang dinilai atau barang yang sama atau barang yang serupa itu dan kos, caj dan perbelanjaan yang munasabah yang berkaitan dengannya jika amaun bagi kos, caj dan perbelanjaan sedemikian tidak ditolak berkenaan dengan perbelanjaan am di bawah perenggan (a);
(c)
apa-apa cukai dan duti lain yang kena dibayar disebabkan oleh pengilangan barang bercukai yang dinilai atau barang yang sama atau barang yang serupa itu, jika suatu amaun bagi cukai dan duti itu tidak ditolak berkenaan dengan perbelanjaan am di bawah perenggan (a);
dan
(d)
jika subperaturan (3) terpakai, amaun nilai yang ditambah kepada barang bercukai yang dinilai atau barang yang sama atau barang yang serupa itu yang boleh disandarkan kepada pembungkusan atau proses selanjutnya barang bercukai yang dinilai atau barang yang sama atau barang yang serupa itu, jika amaun itu ditentukan pada pendapat pegawai cukai jualan yang hak atas asas maklumat yang mencukupi.
P.U. (A) 205 19
(6)
Amaun yang diambil kira sebagai bersamaan dengan amaun bagi keuntungan dan perbelanjaan am yang disebut dalam perenggan (5)(a) hendaklah dihitung atas asas peratusan dan ditentukan atas asas maklumat yang mencukupi yang disediakan oleh atau bagi pihak pembeli barang bercukai yang dinilai itu yang disediakan dalam cara yang selaras dengan prinsip perakaunan diterima umum.
(7)
Bagi maksud subperaturan (6), jika maklumat yang diberikan oleh atau bagi pihak pembeli barang bercukai yang dinilai itu tidak mencukupi, pegawai cukai jualan yang hak boleh menjalankan suatu pemeriksaan ke atas jualan kumpulan atau julat yang paling terhad barang yang sama kelas atau jenis dengan barang bercukai yang dinilai itu yang daripadanya maklumat yang mencukupi, pada pendapat pegawai cukai jualan yang hak, boleh diperoleh.
Penilaian anjal dibenarkan