Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI JUALAN (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2018

Seksyen 4

(1)

Apabila menerima maklumat atau aduan bahawa suatu kesalahan yang boleh dikompaun telah dilakukan, mana-mana pegawai kanan cukai jualan boleh, dengan

P. U. (A) 220

3

keizinan secara bertulis oleh Pendakwa Raya, mengeluarkan tawaran untuk mengkompaun kesalahan dalam Borang 2 Jadual Kedua.

(2)

Tawaran untuk mengkompaun suatu kesalahan adalah bagi tempoh empat belas hari, dan jika pembayaran penuh bagi jumlah yang ditawarkan itu dibuat pada atau sebelum habis tempoh empat belas hari itu, tiada prosiding selanjutnya boleh diambil terhadap orang yang telah melakukan kesalahan itu.

(3)

Jika tiada pembayaran bagi kompaun yang telah ditawarkan itu dibuat pada atau sebelum habis tempoh yang dinyatakan dalam subperaturan (2), pendakwaan boleh dimulakan tanpa notis selanjutnya.

Pembayaran kompaun

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI JUALAN (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2018