Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas peraturan 16
peraturan yang berikut:
“Permohonan untuk pemotongan cukai jualan 16A. (1) Mana-mana pengilang berdaftar boleh membuat permohonan untuk pemotongan cukai jualan yang telah dibayar berkenaan dengan barang bercukai yang dibeli oleh pengilang berdaftar itu yang merupakan bahan mentah, komponen atau bahan pembungkusan yang digunakan semata-mata dalam pengilangan barang bercukainya.
(2)
Tiap-tiap permohonan untuk membuat pemotongan cukai jualan di bawah subperaturan (1) hendaklah dibuat mengikut apa-apa bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
(3)
Menteri boleh menolak apa-apa permohonan yang dibuat di bawah subperaturan (1) itu jika difikirkannya patut bagi perlindungan hasil.
4
Pemotongan cukai jualan 16B. Apa-apa amaun cukai jualan untuk dipotong berkenaan dengan barang bercukai yang dibeli oleh mana-mana pengilang berdaftar hendaklah berdasarkan kepada kadar yang berikut:
Kategori
Kadar potongan cukai jualan
Bagi apa-apa barang bercukai yang dikenakan dan dilevikan dengan cukai jualan pada kadar lima peratus
Dua peratus daripada jumlah nilai barang bercukai yang dibeli
Bagi apa-apa barang bercukai yang dikenakan dan dilevikan dengan cukai jualan pada kadar sepuluh peratus
Empat peratus daripada jumlah nilai barang bercukai yang dibeli
Syarat pemotongan cukai jualan 16C.
Apa-apa pemotongan cukai jualan yang dibuat hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat yang berikut:
(a)
bahawa barang bercukai itu dibeli daripada pembekal dan pembekal itu tidak mempunyai kaitan dengan pengilang berdaftar;
(b)
bahawa pembelian barang bercukai itu dibuktikan dengan invois yang dikeluarkan oleh pembekal kepada pengilang berdaftar dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris yang mengandungi butir-butir seperti yang berikut:
(i)
nombor siri invois;
(ii)
tarikh invois;
(iii)
nama dan alamat pembekal;
5
(iv)
nama dan alamat pengilang berdaftar yang barang bercukai itu dijual;
(v)
suatu perihalan yang mencukupi untuk mengenal pasti barang bercukai yang dijual;
(vi)
apa-apa diskaun yang ditawarkan;
(vii)
bagi setiap perihalan, bezakan jenis barang bercukai, kuantiti barang bercukai dan amaun yang kena dibayar;
(viii)
jumlah amaun yang kena dibayar; dan
(ix)
apa-apa amaun yang dinyatakan dalam suatu mata wang selain ringgit hendaklah juga dinyatakan dalam ringgit pada kadar pertukaran jualan yang dipakai di Malaysia pada masa penjualan barang bercukai itu;
(c)
bahawa pengilang berdaftar hendaklah menyimpan semua rekod yang berkaitan dengan pemotongan cukai jualan dari tarikh pemotongan bagi tempoh tujuh tahun untuk pemeriksaan oleh pegawai cukai jualan yang hak pada bila-bila masa; dan
(d)
apa-apa syarat lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri untuk dikenakan.
Pemotongan cukai jualan tidak dibenarkan 16D. Menteri boleh pada bila-bila masa, melalui apa-apa bentuk dan cara yang ditentukan olehnya, tidak membenarkan pemotongan cukai jualan dibuat —
(a)
jika dia berpuas hati bahawa pengilang berdaftar —
6
(i)
telah memberikan maklumat palsu, mengelirukan atau tidak tepat dalam permohonannya di bawah peraturan 16A; atau
(ii)
telah pada bila-bila masa berhenti mengilang barang bercukai;
atau
(b)
atas permintaan secara bertulis oleh pengilang berdaftar.
Cara pemotongan cukai jualan 16E.
(1)
Apa-apa pemotongan cukai jualan hendaklah dibuat—
(a)
berdasarkan kadar yang ditetapkan di bawah peraturan 16B;
dan
(b)
dalam penyata bagi tempoh bercukai semasa barang bercukai itu dibeli.
(2)
Dalam hal jumlah cukai jualan yang akan dipotong bagi apa-apa tempoh bercukai melebihi amaun cukai jualan yang kena dibayar, baki amaun cukai jualan boleh dipotong dalam penyata untuk tempoh bercukai berikutnya sehingga keseluruhan baki amaun cukai jualan itu telah dipotong.
(3)
Apa-apa baki amaun cukai jualan yang tidak dipotong di bawah subperaturan (2) tidak akan dibayar balik jika pengilang berdaftar berhenti mengilang barang bercukai.
(4)
Jika seorang pengilang berdaftar telah memotong apa-apa amaun cukai jualan yang kena dibayar atas pembelian barang bercukai dan barang bercukai itu telah dilupuskan oleh orang lain selain pengilang berdaftar atau selain untuk pengilangan barang bercukainya, dia hendaklah memberitahu pegawai cukai jualan yang hak mengenai pelupusan itu dan membayar keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada amaun cukai jualan yang telah dipotong.
7
(5)
Mana-mana pengilang berdaftar yang gagal mematuhi subperaturan (4) melakukan suatu kesalahan.”.
Pindaan Jadual Ketiga