Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
Subperaturan 16E(1) Peraturan-Peraturan ibu dipinda dalam perenggan (a)
dengan menggantikan perkataan “kadar” dengan perkataan “peratusan”.
Pindaan peraturan 17 10.
Peraturan 17
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan peraturan 17 dengan peraturan yang berikut:
“Pulang balik 17.
(1)
Pulang balik cukai jualan di bawah seksyen 40 Akta boleh dibenarkan jika barang bercukai yang pulang balik itu dituntut telah memenuhi syarat-syarat yang berikut:
(a)
barang bercukai itu telah dieksport dalam tempoh tiga bulan, atau apa-apa tempoh yang diluluskan oleh Ketua Pengarah—
(i)
daripada tarikh cukai jualan itu telah dibayar bagi pengimportan barang bercukai itu; atau
P.U. (A) 390 6
(ii)
daripada tarikh pengeluaran invois bagi pembelian barang bercukai itu.
(b)
barang bercukai itu telah diisytiharkan dalam
Borang Pengisytiharan Eksport Kastam atau dokumen lain yang ditentukan oleh Ketua Pengarah pada masa eksport dan pengisytiharan eksport itu telah diluluskan;
(c)
suatu notis bertulis telah diberikan kepada pegawai kanan cukai jualan pada atau sebelum masa eksport mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah yang menyatakan bahawa suatu tuntutan pulang balik cukai jualan yang telah dibayar ke atas barang bercukai yang akan dieksport itu akan dibuat di bawah seksyen 40 Akta;
(d)
barang bercukai itu telah ditentukan dan dieksport dengan memuaskan hati pegawai kanan cukai jualan di tempat eksport;
(e)
cukai jualan itu telah dibayar sebelum barang itu dieksport;
(f)
barang bercukai itu tidak termasuk dalam kelas barang yang pembayaran pulang balik itu dilarang oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah
Akta Kastam 1967; dan
(g)
barang bercukai itu tidak digunakan selepas pengimportan atau selepas pembayaran cukai jualan.
(2)
Permohonan pulang balik untuk cukai jualan hendaklah—
(a)
dibuat dalam Borang JKDM No. 2 dalam tempoh tiga bulan dari tarikh barang bercukai dieksport dan pemohon
P.U. (A) 390 7
hendaklah mengisytiharkan bahawa barang bercukai itu tidak akan didaratkan semula atau diturunkan dan tidak diniatkan untuk didaratkan semula atau diturunkan pada mana-mana tempat di Malaysia; dan
(b)
diserahkan kepada pejabat pentadbiran cukai jualan yang mana pemohon mempunyai premis perniagaannya bersama-sama dengan borang dan dokumen yang berikut:
(i)
Borang Kastam No. 1, Borang Kastam No. 9, invois daripada pengilang berdaftar atau apa-apa dokumen lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah yang mengandungi butiran cukai jualan yang dibayar; dan
(ii)
invois jualan kepada pembeli, Borang Kastam No. 2
atau apa-apa dokumen lain yang diluluskan oleh
Ketua Pengarah yang mengandungi butir-butir barang bercukai yang dieksport.
(3)
Pegawai kanan cukai jualan boleh menghendaki orang yang membuat permohonan pulang balik untuk memberikan apa-apa dokumen selain yang dinyatakan dalam subperaturan (2) atau maklumat yang difikirkannya perlu.
(4)
Permohonan bagi pulang balik cukai jualan yang telah dibayar berkenaan dengan mana-mana satu konsainan barang bercukai yang dieksport hendaklah tidak kurang daripada dua ratus ringgit.
(5)
Walau apa pun subperaturan (4), dalam hal barang bercukai yang dieksport adalah tertakluk kepada cukai jualan, duti import dan duti eksais dan permohonan untuk pulang balik dibuat atas semua cukai dan duti itu, apa-apa amaun cukai jualan boleh dituntut.
P.U. (A) 390 8
(6)
Jumlah pulang balik yang dibenarkan hendaklah dikira pada kadar cukai jualan dilevikan atau dikenakan pada masa import atau dibeli, atau pada kadar cukai jualan dilevikan atau dikenakan ke atas barang yang sama deskripsi pada masa eksport barang bercukai itu, yang mana lebih rendah.
(7)
Bagi maksud subperaturan (2), “Borang Kastam No. 1”,
“Borang Kastam No. 2” dan “Borang Kastam No. 9” ertinya borang yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Kastam 2019 [P.U. (A) 397/2019].”.
Pindaan Jadual Kedua 11.
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan Jadual Kedua dengan jadual yang berikut:
P.U. (A) 390 9
“
P.U. (A) 390 10
P.U. (A) 390 11
P.U. (A) 390 12
P.U. (A) 390 13
P.U. (A) 390 14
P.U. (A) 390 15
P.U. (A) 390 16
”.
Kecualian 12.
(1)
Peraturan 17 yang diperkenalkan melalui peraturan 10 dalam
Peraturan-Peraturan ini tidak terpakai—
(a)
kepada barang bercukai yang diimport atau dibeli sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini; dan
(b)
kepada apa-apa cukai jualan yang telah dibayar ke atas barang bercukai yang dieksport sebelum tarikh permulaan kuat kuasa
Peraturan-Peraturan ini.
(2)
Peraturan 17 Peraturan-Peraturan ibu hendaklah terpakai kepada barang bercukai yang disebut dalam perenggan 12(1)(a) dan cukai jualan yang disebut dalam perenggan 12(1)(b) dan bagi maksud itu peraturan 17 Peraturan-Peraturan ibu hendaklah diuruskan seolah-olah ia tidak dipinda oleh Peraturan-Peraturan ini.
P.U. (A) 390 17
Dibuat 16 Disember 2019
[MOF.TAX(R)700-2/8/1 JLD.3; PN(PU2)751/V]
LIM GUAN ENG
Menteri Kewangan
P.U. (A) 390 18
SALES TAX ACT 2018
SALES TAX (AMENDMENT) REGULATIONS 2019