Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Peraturan-Peraturan Cukai Jualan 2018 (P.U. (A) 203/2018) dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian IX bahagian yang berikut:
“BAHAGIAN IXA
SKIM PENGEKSPORT UTAMA DILULUSKAN
Tafsiran 26A.
Dalam Bahagian ini, “orang diluluskan” ertinya mana-mana pedagang atau pengilang yang diberikan kelulusan oleh
Ketua
Pengarah di bawah
Skim Pengeksport Utama Diluluskan di bawah seksyen 61A Akta dan suatu sebutan tentang “Skim” adalah sebutan tentang Skim itu.
Permohonan bagi kelulusan 26B. (1) Mana-mana orang adalah layak untuk membuat suatu permohonan kepada Ketua Pengarah untuk diluluskan di bawah seksyen 61A Akta jika orang itu memuaskan hati Ketua Pengarah—
P.U. (A) 196 3
(a)
dalam hal orang itu seorang pedagang:
(i)
bahawa orang itu telah beroperasi di
Malaysia sekurang-kurangnya satu tahun;
(ii)
bahawa pada masa permohonan dibuat, nilai jualan tahunan orang itu bagi barang bercukai adalah melebihi sepuluh juta ringgit; dan
(iii)
bahawa sekurang-kurangnya lapan puluh peratus daripada nilai jualan tahunan orang itu bagi barang bercukai yang disebut dalam subperenggan (ii) adalah jualan yang dieksport atau diangkut ke kawasan ditetapkan atau kawasan khas;
(b)
dalam hal orang itu seorang pengilang:
(i)
bahawa orang itu telah beroperasi di
Malaysia sekurang-kurangnya satu tahun;
(ii)
bahawa pada masa permohonan dibuat, nilai jualan tahunan orang itu bagi barang dikilangkan yang dikecualikan daripada cukai jualan adalah melebihi sepuluh juta ringgit; dan
(iii)
bahawa sekurang-kurangnya lapan puluh peratus daripada nilai jualan tahunan orang itu bagi barang dikilangkan yang dikecualikan daripada cukai jualan yang disebut dalam subperenggan (ii) adalah jualan yang dieksport atau diangkut ke kawasan ditetapkan atau kawasan khas;
(c)
dalam hal orang itu seorang pedagang dan juga pengilang, bahawa orang itu memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan dalam perenggan (a) atau (b), mengikut mana-mana yang berkenaan; atau
(d)
bahawa orang itu seorang yang ditentukan oleh Menteri.
P.U. (A) 196 4
(2)
Tiap-tiap permohonan untuk kelulusan di bawah subperaturan (1)
hendaklah dibuat dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
(3)
Ketua Pengarah boleh menolak apa-apa permohonan yang dibuat di bawah subperaturan (1) jika difikirkan patut oleh Ketua Pengarah bagi perlindungan hasil.
(4)
Mana-mana orang yang telah diluluskan di bawah subperaturan (1)
hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat yang berikut:
(a)
orang itu hendaklah mengisytiharkan apa-apa pengimportan, pengangkutan dan pengeksportan barang dalam borang yang ditetapkan di bawah Akta Kastam 1967 atau apa-apa dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah;
(b)
orang itu hendaklah menyimpan rekod atau akaun yang lengkap dan benar berhubung dengan barang yang diimport, diangkut, dibeli, dieksport dan dijual di bawah Skim;
(c)
orang itu hendaklah menyenggara sistem perakaunan dan kawalan dalaman yang berupaya memenuhi standard perakaunan dan pengauditan;
(d)
orang itu hendaklah memberitahu melalui notis secara bertulis kepada Ketua Pengarah tentang apa-apa perubahan pada butir-butir perniagaan orang itu dalam tempoh empat belas hari selepas berlakunya perubahan itu;
(e)
orang itu hendaklah menyediakan penyata berhubung dengan Skim mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dan mengemukakan penyata itu untuk pemeriksaan sebagaimana yang dikehendaki oleh pegawai kanan cukai jualan pada bila-bila masa; dan
P.U. (A) 196 5
(f)
apa-apa syarat lain sebagaimana yang difikirkan patut dikenakan oleh Ketua Pengarah.
Tempoh sah kelulusan 26C. (1)
Kelulusan yang diberikan di bawah Skim adalah sah untuk tempoh dua tahun atau apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
(2)
Suatu permohonan bagi pembaharuan tempoh kelulusan boleh dibuat dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah dalam tempoh tiga puluh hari sebelum tarikh tamat kelulusan itu.
(3)
Ketua Pengarah boleh menolak untuk membaharui suatu kelulusan jika orang diluluskan itu gagal mematuhi mana-mana syarat yang ditetapkan dalam subperaturan 26B(4).
Pengecualian daripada pembayaran cukai jualan 26D. (1)
Mana-mana orang diluluskan dibenarkan untuk dikecualikan daripada pembayaran cukai jualan ke atas barang bercukai yang diimport atau diangkut dari kawasan ditetapkan atau kawasan khas, atau dibeli atau diperoleh daripada pengilang berdaftar.
(2)
Pengecualian di bawah subperaturan (1) adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang berikut:
(a)
dalam hal orang diluluskan itu seorang pedagang:
(i)
bahawa barang bercukai itu diimport atau diangkut secara langsung oleh pedagang itu dari kawasan ditetapkan atau kawasan khas atau dibeli atau diperoleh oleh pedagang itu daripada pengilang berdaftar;
(ii)
bahawa barang bercukai itu tidak digunakan atau dilakukan apa-apa proses nilai tambah kepadanya;
P.U. (A) 196 6
(iii)
bahawa barang bercukai itu kemudiannya dieksport atau diangkut ke kawasan ditetapkan atau kawasan khas oleh pedagang itu; dan
(iv)
bahawa barang bercukai itu tidak dilupuskan selain mengikut cara pemusnahan yang diluluskan oleh Ketua Pengarah, tidak dijual di dalam negara atau tidak diakaunkan melainkan jika cukai jualan yang dikecualikan ke atas barang bercukai itu dibayar kepada Ketua Pengarah;
(b)
dalam hal orang diluluskan itu seorang pengilang:
(i)
bahawa bahan mentah, komponen, dan bahan bungkusan dan pembungkusan diimport atau diangkut oleh pengilang itu secara langsung dari kawasan ditetapkan atau kawasan khas atau dibeli atau diperoleh oleh pengilang itu daripada pengilang berdaftar;
(ii)
bahawa bahan mentah, komponen, dan bahan bungkusan dan pembungkusan hendaklah digunakan secara terus dan semata-mata dalam pengilangan barang yang dikecualikan daripada cukai jualan;
(iii)
bahawa barang dikilangkan yang dikecualikan daripada cukai jualan itu hendaklah dieksport atau diangkut ke kawasan ditetapkan atau kawasan khas oleh pengilang itu;
(iv)
bahawa bahan mentah, komponen, dan bahan bungkusan dan pembungkusan tidak dilupuskan selain mengikut cara pemusnahan yang diluluskan oleh Ketua Pengarah, dan tidak digunakan selain bagi maksud pengilangan barang yang dikecualikan daripada cukai jualan, barang yang tidak dijual di dalam negara atau barang yang tidak diakaunkan, melainkan jika cukai jualan yang dikecualikan ke atas barang itu dibayar kepada Ketua Pengarah; dan
P.U. (A) 196 7
(v)
bahawa barang dikilangkan yang dikecualikan daripada cukai jualan itu tidak dilupuskan selain mengikut cara pemusnahan yang diluluskan oleh Ketua Pengarah, tidak dijual di dalam negara atau tidak diakaunkan melainkan jika cukai jualan yang dikecualikan ke atas bahan mentah, komponen, dan bahan bungkusan dan pembungkusan yang digunakan dalam barang dikilangkan yang dikecualikan daripada cukai jualan itu dibayar kepada Ketua Pengarah; atau
(c)
dalam hal orang diluluskan itu seorang pedagang dan juga pengilang:
(i)
bahawa orang diluluskan itu hendaklah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan bagi pedagang dalam subperenggan 2(a)(i)
hingga (iv); dan
(ii)
bahawa orang diluluskan itu hendaklah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan bagi pengilang dalam subperenggan 2(b)(i) hingga (v).
Barang yang tidak layak bagi pengecualian daripada pembayaran cukai jualan 26E.
Barang yang berikut tidak layak untuk pengecualian daripada pembayaran cukai jualan di bawah peraturan 26D:
(a)
wain, spirit, bir dan minuman keras malta;
(b)
rokok, tembakau dan hasil tembakau; dan
(c)
petroleum.
Perubahan, penggantungan dan pembatalan kelulusan 26F. (1)
Ketua Pengarah boleh, melalui notis secara bertulis, mengubah syarat atau menggantung atau membatalkan mana-mana kelulusan yang diberikan di bawah peraturan 26B jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa orang diluluskan itu—
P.U. (A) 196 8
(a)
telah mengemukakan apa-apa maklumat yang palsu, mengelirukan atau tidak tepat dalam permohonannya, atau dalam rekod, akaun atau penyata yang dikemukakan olehnya;
(b)
telah, pada bila-bila masa, terhenti daripada memenuhi mana-mana syarat kelayakan dalam subperaturan 26B(1);
(c)
telah gagal mematuhi mana-mana syarat yang ditetapkan dalam subperaturan 26B(4); atau
(d)
telah gagal membaharui tempoh kelulusan.
(2)
Ketua Pengarah boleh, melalui notis secara bertulis, mengubah syarat atau membatalkan mana-mana kelulusan yang diberikan di bawah peraturan 26B apabila terdapat permintaan secara bertulis dari orang diluluskan.
(3)
Walau apa pun subperaturan (1) dan (2), Ketua Pengarah boleh melalui notis secara bertulis, mengubah syarat atau membatalkan mana-mana kelulusan yang diberikan di bawah peraturan 26B jika difikirkan patut oleh Ketua Pengarah bagi perlindungan hasil.
Cukai jualan genap masa dan kena dibayar 26G. (1)
Jika orang diluluskan tidak mematuhi mana-mana syarat yang ditetapkan dalam subperaturan 26D(2), cukai jualan yang dikecualikan baginya hendaklah menjadi genap masa dan kena dibayar dan hendaklah dibayar mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
(2)
Cukai jualan yang kena dibayar di bawah subperaturan (1) hendaklah menjadi genap masa dan kena dibayar seperti yang berikut:
(a)
dalam hal orang diluluskan itu seorang pedagang, pada tarikh barang bercukai itu dilupuskan selain mengikut cara pemusnahan yang diluluskan oleh Ketua Pengarah, dijual di dalam negara atau tidak diakaunkan;
(b)
dalam hal orang diluluskan itu seorang pengilang:
P.U. (A) 196 9
(i)
pada tarikh bahan mentah, komponen, dan bahan bungkusan dan pembungkusan dilupuskan selain mengikut cara pemusnahan yang diluluskan oleh Ketua Pengarah, atau digunakan selain bagi maksud pengilangan barang yang dikecualikan daripada cukai jualan, barang yang dijual di dalam negara atau barang yang tidak diakaunkan; atau
(ii)
pada tarikh barang dikilangkan yang dikecualikan daripada cukai jualan itu dilupuskan selain mengikut cara pemusnahan yang diluluskan oleh Ketua Pengarah, dijual di dalam negara atau tidak diakaunkan; dan
(c)
dalam hal kelulusan orang diluluskan itu dibatalkan di bawah peraturan 26F, pada tarikh kelulusan itu dibatalkan.
(3)
Amaun cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar di bawah subperaturan (2) hendaklah dibayar kepada Ketua Pengarah tidak lewat daripada hari terakhir bulan berikutan bulan yang cukai jualan itu menjadi genap masa dan kena dibayar.”.
Dibuat 30 Jun 2020
[Perb: MOF.TAX(S)700-1/2/26; PN(PU2)751/VI]
TENGKU DATO’ SRI ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Kewangan
P.U. (A) 196 10
SALES TAX ACT 2018
SALES TAX (AMENDMENT) REGULATIONS 2020