Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Peraturan-Peraturan Cukai Jualan 2018 [P.U. (A) 203/2018], yang disebut
“Peraturan-Peraturan ibu” dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda dengan menggantikan peraturan 10 dengan peraturan yang berikut:
“Pengemukaan penyata 10.
(1)
Suatu penyata yang dibuat di bawah peraturan 9 hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengarah melalui perkhidmatan elektronik atau dalam apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah.
(2)
Suatu penyata hendaklah disifatkan telah dikemukakan apabila penyata itu telah diterima oleh Ketua Pengarah melalui perkhidmatan elektronik atau dalam apa-apa cara yang ditetapkan oleh
Ketua Pengarah.”.
Pindaan peraturan 12