Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI JUALAN (PINDAAN) 2022

Seksyen 3

Peraturan 12 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subperaturan (1) dengan subperaturan yang berikut:

P.U. (A) 259 3

“(1)

Pembayaran cukai jualan berkenaan dengan apa-apa penyata yang dibuat di bawah seksyen 26 Akta, surcaj, penalti, fi atau apa-apa wang lain yang kena dibayar di bawah Akta hendaklah dibuat melalui perbankan elektronik atau dalam apa-apa cara yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah.”;

(b)

dengan memotong subperaturan (2) dan (3);

(c)

dalam subperaturan (4), dengan menggantikan perenggan (a) dan (b)

dengan perenggan yang berikut:

“(a)

jika pembayaran dibuat melalui perbankan elektronik, amaun itu hendaklah disifatkan tidak diterima sehingga amaun itu dimasukkan ke dalam kredit Ketua Pengarah; atau

(b)

jika pembayaran dibuat dalam apa-apa cara yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah, amaun tersebut hendaklah disifatkan tidak diterima walau apa pun resit diberikan sehingga amaun itu telah dibayar sewajarnya kepada

Ketua Pengarah.”; dan

(d)

dalam subperaturan (5), dengan memotong perkataan “atau (2)”.

Pindaan peraturan 17

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI JUALAN (PINDAAN) 2022