Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Peraturan-Peraturan Cukai Jualan 2018 [P.U. (A) 203/2018] dipinda dalam peraturan 17—
(a)
dalam subperaturan (1)—
(i)
dalam perenggan (f), dengan memotong perkataan “dan” di hujung perenggan;
(ii)
dalam perenggan (g), dengan menggantikan noktah dengan perkataan
“; dan”;
(iii)
dengan memasukkan selepas perenggan (g) perenggan yang berikut:
“(h) jika barang bercukai itu, yang diimport ke dalam zon bebas untuk tujuan dieksport semula dan pengeksportan semula itu dibuat di kawasan zon bebas yang sama semasa pengimportan, adalah barang-barang yang berikut:
P.U. (A) 418 3
(i)
rokok;
(ii)
produk tembakau;
(iii)
paip rokok (termasuk kepala paip);
(iv)
rokok elektronik dan peranti pengewap elektrik peribadi yang serupa; atau
(v)
sediaan yang digunakan untuk merokok melalui rokok elektronik dan peranti pengewap elektrik, dalam bentuk cecair atau gel, yang tidak mengandungi nikotin.”;
(b)
dalam perenggan (2)(b), dalam teks bahasa Inggeris, dengan memotong perkataan “be”; dan
(c)
dalam subperaturan (6), dengan memotong perkataan “, atau pada kadar cukai jualan dilevikan atau dikenakan ke atas barang yang sama deskripsi pada masa eksport barang bercukai itu, yang mana lebih rendah”.
Dibuat 31 Disember 2020
[MOF.TAX(S)700-1/1/7 JLD.6; PN(PU2)751/VI]
DATO’ SRI TENGKU ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Kewangan
P.U. (A) 418 4
SALES TAX ACT 2018
SALES TAX (AMENDMENT) (NO. 2) REGULATIONS 2020