Malaysia legislation
Section 16
Seksyen 16
(1)
Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa olehnya boleh menghantar apa-apa notis atau dokumen kepada akaun perkhidmatan elektronik pengendali.
(2)
Jika suatu dokumen yang dikehendaki untuk dicap, ditandatangani atau dimeterai di bawah Akta difailkan, dikemukakan atau dihantar secara elektronik melalui perkhidmatan elektronik, kehendak bagi pengakusaksian cap, tandatangan atau meterai adalah tidak terpakai.
(3)
Mana-mana orang yang diberi kuasa oleh seorang pengguna berdaftar boleh membuat dan menghantar apa-apa notis elektronik bagi pihak pengendali melalui perkhidmatan elektronik.
(4)
Jika apa-apa notis elektronik dibuat dan dihantar bagi pihak mana-mana pengguna berdaftar di bawah subperaturan (3), ia hendaklah disifatkan telah dibuat dan dihantar dengan kuasa pengguna berdaftar dan pengguna berdaftar itu hendaklah disifatkan sebagai mempunyai pengetahuan tentang semua perkara di dalamnya.
(5)
Jika suatu notis elektronik dihantar kepada Ketua Pengarah dengan menggunakan kod pengesahan yang diberikan kepada pengguna berdaftar, dengan atau tanpa kuasa pengguna berdaftar, notis itu hendaklah, bagi maksud Akta, dianggap telah dibuat oleh pengguna berdaftar itu melainkan dia boleh mengemukakan keterangan yang berlawanan.
(6)
Jika suatu kesilapan dibuat dalam apa-apa notis elektronik oleh pengguna berdaftar, pengguna berdaftar itu hendaklah membetulkannya melalui perkhidmatan
P.U. (A) 228 13
elektronik dalam masa dan tertakluk kepada syarat sebagaimana yang dikenakan oleh
Ketua Pengarah.
(7)
Walau apa pun subperaturan (6), Ketua Pengarah boleh mengarahkan atau membenarkan seseorang pengguna berdaftar untuk membetulkan apa-apa notis elektronik yang dibuat dan dihantar olehnya di bawah peraturan ini mengikut cara dan dalam masa sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.
(8)
Ketua Pengarah boleh, bagi maksud perkhidmatan elektronik, meluluskan penggunaan apa-apa lambang, kod, singkatan atau tatatanda bagi mewakili apa-apa butir atau maklumat yang dikehendaki di bawah Akta.
(9)
Jika suatu notis elektronik yang dibuat dan dihantar oleh pengguna berdaftar itu kepada Ketua Pengarah tidak mematuhi apa-apa kehendak Bahagian ini,
Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai kanan kastam yang diberi kuasa oleh Ketua
Pengarah, boleh menyampaikan suatu notis kepada pengguna berdaftar itu yang menunjukkan ketidakpatuhan itu, dan notis elektronik itu tidak boleh disifatkan telah dibuat dan dihantar kepada Ketua Pengarah oleh pengguna berdaftar itu.
Penamatan penyediaan perkhidmatan elektronik kepada pengguna berdaftar