Malaysia legislation

Section 19

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI PELANCONGAN 2017

Seksyen 19

Waktu pejabat dan waktu pembayaran

(1)

Waktu biasa yang pejabat pentadbiran cukai pelancongan hendaklah dibuka bagi urusan yang berhubungan dengan cukai pelancongan adalah seperti yang berikut:

(a)

di Negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau

Pinang, Selangor, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan

(Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) yang hari kelepasan mingguan ialah Sabtu dan Ahad, waktu tersebut hendaklah dari 7.30 pagi hingga 4.00 petang pada hari Isnin hingga Jumaat; dan

(b)

di Negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, yang hari kelepasan mingguan ialah Jumaat dan Sabtu, waktu tersebut hendaklah dari 8.00 pagi hingga 4.00 petang pada hari Ahad hingga Khamis.

(2)

Bagi maksud penerimaan penyata dan pembayaran cukai pelancongan, penalti, surcaj dan wang lain melalui perkhidmatan elektronik, waktu biasa hendaklah pada bila-bila masa kecuali apabila perkhidmatan elektronik itu sedang disenggarakan.

(3)

Bagi maksud pengemukaan penyata dan pembayaran cukai pelancongan di bawah seksyen 19 Akta, jika hari terakhir jatuh pada hari kelepasan mingguan

Persekutuan atau hari kelepasan am Persekutuan, maka hari terakhir untuk menerima penyata dan pembayaran itu adalah pada hari sebaik selepas hari kelepasan mingguan

Persekutuan atau hari kelepasan am Persekutuan itu.

P.U. (A) 228 15

(4)

Pejabat pentadbiran cukai pelancongan hendaklah ditutup—

(a)

pada setiap hari kelepasan mingguan;

(b)

pada setiap hari yang ditetapkan sebagai hari kelepasan am

Persekutuan; dan

(c)

pada setiap hari yang ditetapkan sebagai hari kelepasan am Negeri bagi Negeri atau hari kelepasan am Wilayah Persekutuan bagi

Wilayah Persekutuan yang pejabat itu terletak:

Dengan syarat—

(i)

jika mana-mana dua atau semua hari yang dinyatakan dalam perenggan (a), (b) dan (c) di atas jatuh pada hari yang sama, pejabat itu akan ditutup pada hari berikutnya dan jika hari kemudian itu adalah hari yang telah dinyatakan dalam perenggan

(a)

, (b) atau (c) di atas, pejabat itu ditutup pada hari yang berikutnya; dan

(ii)

jika tarikh suatu hari kelepasan yang diisytiharkan di bawah

Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369] atau mana-mana undang-undang lain yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan perisytiharan hari kelepasan am adalah tertakluk kepada ubah suaian, tarikh hari kelepasan itu hendaklah, bagi maksud

Peraturan-Peraturan ini, tidak tertakluk kepada ubah suaian itu.

P.U. (A) 228 16

Section 19 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI PELANCONGAN 2017