Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI PELANCONGAN 2017

Seksyen 5

(1)

Seorang pengendali hendaklah dengan serta-merta memberitahu pegawai kanan kastam secara bertulis apabila—

(a)

terdapat apa-apa perubahan pada nama perniagaannya;

(b)

terdapat apa-apa perubahan pada alamat mana-mana tempat perniagaannya;

(c)

terdapat apa-apa perubahan pada status perniagaannya;

(d)

terdapat apa-apa perubahan pada pengelasan premis penginapannya; atau

(e)

terdapat apa-apa perubahan pada bilangan bilik premis penginapannya.

(2)

Pegawai kanan kastam hendaklah merekodkan perubahan yang diberitahu itu.

(3)

Mana-mana pengendali yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

P.U. (A) 228 6

Section 5 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI PELANCONGAN 2017