Malaysia legislation

Section 11

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI PELANCONGAN (PEMBERI PERKHIDMATAN PLATFORM DIGITAL) 2021

Seksyen 11

Penggunaan perkhidmatan elektronik

(1)

Ketua Pengarah boleh, bagi tujuan penggunaan perkhidmatan elektronik yang disediakan di bawah seksyen 62 Akta dan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Ketua Pengarah, memberikan kepada mana-mana orang—

P.U. (A) 153 10

(a)

suatu kod pengesahan; dan

(b)

suatu akaun dengan perkhidmatan elektronik.

(2)

Mana-mana orang yang diberikan oleh Ketua Pengarah suatu kod pengesahan di bawah subperaturan (1) hendaklah menjadi seorang pengguna berdaftar dan pengguna berdaftar itu—

(a)

hendaklah mengaku terima penerimaan kod pengesahan itu;

(b)

hendaklah memastikan kod pengesahannya dirahsiakan; dan

(c)

tidak boleh mendedahkan kod pengesahannya kepada mana-mana orang yang tidak diberi kuasa.

(3)

Suatu notis elektronik yang dibuat dan dihantar di bawah Akta oleh seorang pengguna berdaftar hendaklah disifatkan telah memenuhi kehendak bagi pemfailan, pengemukaan atau penyerahan jika notis itu dihantar kepada Ketua Pengarah dengan cara yang ditentukan di bawah Bahagian ini.

Cara menggunakan perkhidmatan elektronik

Section 11 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI PELANCONGAN (PEMBERI PERKHIDMATAN PLATFORM DIGITAL) 2021