Malaysia legislation
Section 12
of PERATURAN-PERATURAN CUKAI PELANCONGAN (PEMBERI PERKHIDMATAN PLATFORM DIGITAL) 2021
Seksyen 12
(1)
Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai kastam yang diberi kuasa oleh Ketua
Pengarah boleh menyampaikan apa-apa notis kepada seorang pengguna berdaftar dengan menghantar notis itu melalui perkhidmatan elektronik kepada akaun pengguna berdaftar itu.
(2)
Jika suatu dokumen yang dikehendaki untuk dicap, ditandatangani atau dimeterai di bawah Peraturan-Peraturan ini difailkan, dikemukakan atau dihantar secara elektronik melalui perkhidmatan elektronik, kehendak bagi pengakusaksian cap, tandatangan atau meterai itu adalah tidak terpakai.
P.U. (A) 153 11
(3)
Seseorang pengguna berdaftar boleh memberi kuasa kepada mana-mana orang sebagai orang diberi kuasa untuk membuat dan menghantar apa-apa notis elektronik bagi pihak pengguna berdaftar itu melalui perkhidmatan elektronik.
(4)
Jika apa-apa notis elektronik dibuat dan dihantar oleh orang yang diberi kuasa bagi pihak mana-mana pengguna berdaftar di bawah subperaturan (3), notis itu hendaklah disifatkan telah dibuat dan dihantar oleh pengguna berdaftar itu dan pengguna berdaftar itu hendaklah disifatkan sebagai mempunyai pengetahuan tentang semua perkara di dalamnya.
(5)
Melainkan jika seseorang pengguna berdaftar mampu mengemukakan keterangan yang berlawanan, sesuatu notis elektronik hendaklah, bagi maksud Akta, dianggap telah dibuat oleh pengguna berdaftar itu, jika notis elektronik itu dihantar kepada
Ketua Pengarah dengan menggunakan kod pengesahan yang diberikan kepada pengguna berdaftar—
(a)
dengan atau tanpa kuasa pengguna berdaftar itu; dan
(b)
sebelum pemberitahuan kepada Ketua Pengarah untuk pembatalan kod pengesahan
Kesilapan dalam menggunakan perkhidmatan elektronik